“Anak Keduaku, Khabib Umar,” – Lengkap Sepasang, Syahmi Sazli & Isteri Timang Bayi Lelaki

Share

Tahniah diucapkan buat Youtuber yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 27, yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya.

Memaklumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram, pengarah filem 35MM itu turut berkongsikan nama permata hatinya.

“Selamat datang ke dunia, anak keduaku… Khabib Umar,” tulis Syahmi.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat Syahmi seisi keluarga.

Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan isterinya,  Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan cahaya mata pertama mereka, Ainul Mardhiah, kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN