Anak Kedua Nora Ariffin Meninggal Dunia

Share

Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram, sebentar tadi.

Bagaimanapun tidak maklumat lanjut mengenai punca dan waktu kematian arwah.

“Saya telah diuji Allah sekali lagi. Saya nak beritahu semua, anak saya Aliff Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Dia telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah saya.

“Akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Ampunkan segala kesalahan dia. Saya diuji Allah dan saya reda,” jelasnya.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017 lalu.

Sumber/Foto: Awani/Instagram Nora Ariffin

IKLAN