Pengacara Fiza Frizzy,33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga meski anak keduanya, Mohd Fahad Syamel baru berusia enam bulan.
Fiza berkata dia pada mulanya masih ragu-ragu mengenai kehamilan tersebut sehingga ditegur kenalan lalu memintanya untuk melakukan ujian kehamilan.
“Seperti kebanyakan ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti ada di antara mereka mahu ‘pasang badan’ balik, nak kembali ke bentuk badan ideal dan sebagainya.
“Tapi nak dijadikan cerita bila ke gim, saya terfikir kenapa bahagian perut ni tak pula mengecil? Bahagian lain nampak macam okay, tapi bahagian perut tidak menunjukkan perubahan.
“Kemudian bila ada sesi ukur baju (fitting) bersama stylist, dia ada bertanya mengenai bentuk perut dan minta saya untuk buat ujian kehamilan. Jadi saya buatlah semalam (ujian kehamilan), alhamdulillah positif.
Ads
“Saya belum pasti berapa usia kandungan, mungkin empat ke lima minggu. Selepas ini perlu rujuk ke doktor untuk kepastian lanjut,” katanya.
Fiza ditemui pada majlis pelancaran Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya Centre Points, pada Jumaat.
Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bagaimanapun bersyukur dan teruja atas khabar gembira sekali lagi bakal menimang cahaya mata.
Ads
“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah SWT nak bagi lepas lima bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah.
“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Sebab sebelum kami tahu mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur alhamdulillah.
“Jadi katanya inilah agaknya, kita menumpang rezeki anak. Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Fiza bakal terbang ke Eropah bagi menjalani penggambaran program berbentuk travelog pada Januari 2022.
Fiza mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Februari 2018 dan anak sulung mereka di beri nama Mohd Faeeq Zuhayr.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Jasmin Hamid yang menjalani baki penggambaran drama, Cukup Derita Itu bersama para pelakon lain memaklumkan watak yang dibawanya sebagai Mak Ngah Gayah sudah pun berakhir, pada Isnin.
Lalu, Jasmin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat selain meluahkan rasa syukur kerana proses penggambaran dipermudahkan.
“Syukur alhamdulillah. Saya telah selesai jalankan tanggungjawab saya sebagai MAK NGAH GAYAH dalam drama CUKUP DERITA ITU.
“TERIMA KASIH di atas kerjasama yang diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tak, dalam drama ini dengan perbagai dugaan yang di tempuhi bersama.
“TERIMA KASIH juga pada uols yang support drama ini DOAKAN urusan kami di permudahkan Allah untuk menyiapkan drama ini hingga selesai.,” ucap Jasmin.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan umum.
Apa yang menarik, Jasmin turut berkongsi tarikh jangkaan tayangan baki drama tersebut yang tertunda tayangannya sebelum ini, iaitu bermula 15 November depan.
“TONTON kami bermula 15 NOV 2021 di @tv3malaysia jam 10pm slot Samarinda MUSIM 2. Sambung Episode 21-40.
“Kita tengok apakah kesudahan watak dan cerita ini. Yang pasti,akan lebih panas..,” tulisnya lagi.
Selain Jasmin, Cukup Derita Itu arahan Along Kamaludin dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Lia Natalia dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama berkenaan mendapat perhatian serta pujian daripada penonton setia drama bersiri tempatan.
Sebelum ini, jadual penggambaran drama rantaian tersebut tertangguh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau anda seorang peminat filem The Twilight Saga, pasti anda perasan akan kehadiran Renesmee Cullen sebagai anak kepada pasangan Edward Cullen dan Bella Swan lakonan Robert Pattinson dan Kristen Stewart menerusi dua siri terakhir rangkaian filem itu.
Wajahnya yang cantik dan sangat comel dengan kulit putih porselin menggamit setiap mata yang memandang. Ketika kedua-dua filem itu ditayangkan dia baru sahaja berusia 11 dan 12 tahun. Kini sudah berusia 21 tahun, pelakon watak tersebut, Mackenzie Foy tampil sangat cantik persis seorang supermodel terkenal.
Dilahirkan di Los Angeles dalam keluarga bukan berlatarkan dunia hiburan, ayah Mackenzie merupakan seorang pemandu trak dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.
Walaupun begitu, dia menceburi dunia seni sejak berusia tiga tahun lagi sebagai seorang model dan mula berlakon ketika berusia sembilan tahun membintangi siri-siri drama televisyen. Filem The Twilight Saga: Breaking Dawn merupakan filem pertama yang dia bintangi
Selepas membintangi filem tersebut, Mackenzie terus aktif berlakon filem. Terbaharu lakonannya sebagai pelakon utama adalah menerusi filem Black Beauty bergandingan dengan pemenang Oscar, Kate Winslet. Filem tersebut boleh ditonton di saluran penstriman atas talian, Disney+.
Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Ardiansyah maut dalam satu kemalangan di Tol Ngajuk yang menghala ke Surabaya, Jawa Timur hari ini. Ketua Polis Bahagian Jawa Timur, Kombes Gatot Kepli Handoko telah mengesahkan bahawa selebriti tersebut dan suaminya merupakan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Menerusi laporan CNN Indonesia, polis menyebut dua orang yang meninggal di dalam kecelakaan tersebut. “Dua orang meninggal dunia manakala tiga mengalami luka-luka. Dan dua orang yang meninggal dunia itu adalah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” ujar Gatot kepada para wartawan dalam satu kenyataan.
Jenazah pasangan suami isteri itu telah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya manakala tiga individu lain yang mengalami kecederaan pula di bawa ke Rumah Sakit Kertosono Nganjuk.
Tiga individu lain yang mengalami kecederaan tersebut dipercayai ialah anak pasangan popular ini, pemandu dan juga pengasuh.
Meninjau ke Instagram milik Vanessa, ramai rakan selebriti dan peminat yang meluah rasa terkejut dengan pemergiannya. Bahkan masing-masing meluahkan rasa sedih menerusi hantaran di laman Instagram. Antara selebriti yang dekat dengan pasangan tersebut ialah pelakon popular, Nirina Zubir. Mereka tinggal di kawasan kompleks kediaman yang sama.
Di laman Instagramnya, pelakon yang popular menerusi filem seperti My Heart dan juga Ali & The Queens itu menulis, “Tak percaya tetapi benar terjadi. Terkejut, sedih. Semoga diberi tempat tebaik disisi yang maha kuasa.” Dia menyambung lagi, “Selamat jalan adik-adikku, perjuangan kalian menjalani hidup menjadi inspirasi untuk kita semua.”
Dalam satu laporan oleh Tribun News, Nirina yang ditemui wartawan tidak mampu memberikan sebarang komen. Dia hanya berkata, “Maaf, saya tak boleh, tak boleh. Hati saya bercampur aduk.”
Vanessa memulakan karier dalam dunia seni hiburan sebagai pelakon menerusi sebuah sinetron yang berjudul, Cinta Intan pada tahun 2008 ketika berusia 16 tahun.
Pada penghujung tahun 2019 dia bernikah secara rahsia bersama Bibi Adriansyah dan ikatan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Gala Sky Adriansyah.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.