Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam dilihat cukup sempurna apabila dikurniakan8 orang cahaya mata (3 anak angkat).
Tambahan pula, dia kini turut dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup menjadi impian setiap orang dalam dunia ini.
Namun, disebalik tawa ria Rebecca, sebenarnya dia merupakan keluarga yang dahulunya hidup secara sederhana.
“Mummy Becca”..
“Seorang Anak Kampung,Yg BerAsal Dari Majidee Bahru Johor Bahru,Di besar kan Di Rumah Papan,Rumah Yg Kecil Dan ada Bahagian Rumah Yg Bocor lagi,The Best Siap Hujan Boleh Masuk Lagi,Bila Hujan Je Kami Adik Beradik Semua Takut..
“Tetapi Kami Tetap Bahagia Di Samping Parents Yg Baik Dan Parents Kami Yg Bertanggungjawab Membesarkan Kami Adik Beradik,Memberikan Kami Adik Beradik Pelajaran Yg Cukup Dan Mama And Papa Mengajar Kami Adik Beradik Sentiasa Saling Sayang Menyayangi Sentiasa Bersama Di Kala Suka Dan Duka,” tulisnya.
“Walaupun Rumah Kami Kecil Tapi Kami Tidak Pernah Berasa Kecil Atau Hina….kerana Kami Berasa BAHAGIA Mempunyai Ahli Keluarga Yg Ramai dan Yg Penting Kami Di Beri Kasih Sayang IBU Dan Bapa (PapaMama) SECukupnya..
“Bahagia sgt2 tak Terkata,TerLalu Happy Zaman Kanak Kanak Kami,Main Ting Ting,Main Guli,Main Kat Longkang,main baling Selipo,Main masak2,Main Kat Hutan,Main Hujan is The Best..
Bagaimanapun, akstress berusia 33 tahun itu tetap bersyukur kerana ‘dimewahkan’ dengan kasih sayang dalam keluarga.
“Alhamdulillah Asal kan Makan Kami Cukup Dan Kami Bahagia Bersama Parents Dan Adik Beradik. MasyaAllah.. Byk sgt2 Kenangan Yg TerIndah Di Rumah KampungKu,Rumah Aku Membesar Dan Di Beri Pelajaran DiSana SesungguhNya Aku Akan Ingat Asal UsulKu Hingga Ke Akhir HayatKU..
Ads
“Alhamdulillah Sepanjang Hidup,Kami Adik Beradik Pernah Merasai Susah Dan SenangNya KEHIDUPAN….Thank You Allah…
“Aku Akan Sentiasa Ingat Asal Usul KU…Dan Aku Akan Lebih Menghargai Dan Syukuri Dgn Nikmat MU Wahai ALLAH..
“Tidak Pernah Lupa Akan Nasihat Yg Sentiasa Di Beri Arwah Papa,”Be Brave,Be Kind And Have Courage ..
Ads
Selain itu, Rebecca turut mendedahkan jumlah ahli keluarganya yang mempunyai bilangan yang besar.
“Mempunyai Adik Beradik,8 Orang,6 Lelaki Dan 2 Perempuan,Dan Mempunyai 4 orang Kakak Ipar Dan 16 orang Anak Saudara Sekarang ❤…
“And Now,Alhamdulillah Anak Sendiri Pun Ramai ? 8 Orang Juga❤Wahai Allah,Ketemukan Lah Kami Semua Hingga Ke JannahMu?Berikan Lah Kasih Sayang KeKeluargaan Ini Hingga Ke Jannah Mu?SesungguhNya Kami Amat Menyayangi Di Antara Satu Sama Lain Kerana Mu Ya Allah?LillahHiTaAllah ?…?
“Al Fatihah Buat Arwah Our Beloved Father❤ Allahyarham Ahmad Bin Ariffin,” akhirinya.
Lalu,netizen memuji sifat Rebecca yang tidak malu untuk berkongsi asal-usulnya.
Foto: IG Rebecca
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.
Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.
“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.
“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak
“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.
“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,
Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.
“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.
“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.
Pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim ada memuat naik gambar terbarunya bersama seorang kanak-kanak yang mendukung watak sebagai anaknya dalam drama, ‘Encik Imam Express’.
Gambar comel tersebut turut menarik perhatian penyanyi, Siti Nordiana yang meninggalkan komen pada entri tersebut.
“Alah alah Abi nye pun,” tulisnya.
Tidak lama kemudian, Fikry pula membalas semula komen tersebut dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“Boleh jadi abi Rayyan,” balas Fikry.
Lalu, Siti Nordiana turut ‘melayan’ berbualan tersebut dengan memberi tahu, Fikry boleh menjadi bapa kepada anaknya itu tetapi harus menyediakan duit belanja yang banyak kerana anaknya seorang yang kuat makan.
Perbualan itu ternyata telah menarik perhatian peminat kedua-dua selebriti tersebut.
Amboi, Fikry! Nak jadi papa Rayyan ye? Kalau dah jodoh apa salahnya kan? Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Fikry dan juga Nana.
Sumber: Instagram Fikry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong sinonim dengan sosok tubuh yang ideal dan langsing.
Mana tidaknya, ibu kepada empat orang anak itu tampil berkeyakinan tinggi dengan menggayakan fesyen rambut berwarna merah dan tampak ranggi.
“Bomba kerengga . Hahaha Bawak anak g birthday party kt balai bomba pandan indah… Budak2 dgn mak budak sekali excited nak naik fire truck..pastu jakun tgok dekat2 haha…
“After naik fire truck rania habis basah kuyup kena simbah air .. Mummy xboleh kena simbah air, kang takut bertukar jadi ikan..
“Well… I xde niat nak tarik perhatian sesiapa pun.. Paling penting perhatian shuben i dan keyakinan diri i sebagai seorang mak yg dah ada anak 4 org.
Pernah digelar Mermaid Malaysia, Beby turut mendedahkan berat badannya ketika mengandung.
“Bila org tgok body lentik mak dara ni berjalan, org xpercaya yg i dah dah pernah kembang kecut mengandung dan pernah kembang sampai 86kg..
“And ada yg iols dengar membawang berbisik2, “ohhh ni la dia mermaid tu, dia byk buat operation tu utk kurus, sedut lemak and potong rusuk tu,” tulis Beby.
Lalu,netizen turut mengagumi ibu kepada empat orang anak ini yang memiliki fizikal bak anak dara.
Foto : IG Beby Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...