Anak Jadi Kekuatan, “Allahuakhbar Betapa Power Hadiah Dari Allah.” Harmoni Rumah Tangga Syatilla Melvin

Share

Meluahkan kesyukuran dikurniakan dua zuriat menyerikan kehidupannya bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui meski rutin harian berubah 360 darjah, namun itulah hadiah paling bermakna dari Allah SWT.

Bekas finalis Dewi Remaja itu berkongsi rasa menerusi salah satu postingnya di Instagram.

Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.

“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!

“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!” tulisnya.

Pelakon berusia 28 ini turut memohon doa agar anak-anaknya dipelihara darioada sebarang musibah.

Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.

“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.

“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,”

kongsinya panjang lebar.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.

Foto : Instagram Syatilla Melvin

IKLAN