Anak Datuk Sheila Majid Selamat Bertunang, Bakal Terima Menantu – “Finally, A Happy End To The Year.”

Share

Datuk Sheila Majid berkongsi berita gembira apabila memaklumkan anak keduanya, Megat Abdul Rahman Majid Aziz selamat melangsungkan pertunangan bersama wanita pilihannya, semalam.

Khabar tersebut dikongsi penyanyi lagu Sinaran itu menerusi satu hantaran terkininya di Instagram dan Sheila turut berkongsi video serta foto sepanjang majlis.

Menerusi kapsyen, Sheila menyifatkan ia sebagai penutup tahun yang menggembirakan buat dirinya sekeluarga.

“Finally…a happy end to the year. #engagement #alhamdulillah #happymum #megatalia #21122020,” tulisnya.

Lalu, perkongsian itu turut menarik perhatian ramai peminat serta rakan selebriti yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah.

Untuk rekod, Megat ialah anak kedua Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama penerbit, Roslan Aziz.

Menerusi perkahwinan kedua bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis pula, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila Murshim.

Foto: Instagram Sheila Majid

IKLAN