Pelakon Rafidah Ibrahim memuat naik sekeping foto dua orang tuanya dan menyatakan kedua insan tersayang itu meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.
Jelas Fida, hari lahirnya bakal tiba beberapa hari lagi dan berfikir mungkinkah takdirnya juga begitu?
Dikesempatan tersebut, bintang ini memohon maaf atas kesilapan yang pernah dilakukan dan menyatakan setiap yang dikongsi di laman sosial biarlah yang mendatangkan manfaat kerana itu mungkin status terakhir kita.
“Assalamualaikum semua. Saje je nak share ni. Secara mata kasar yang fida nampak persamaan kedua orang tua fida adalah mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum tarikh kelahiran mereka.
“Bila duduk sorang2 kadang terfikir jugak, 4 Jun bakal tiba. Adakah persamaan yang sama jugak bakal berlaku pada diri ini.
“Sekiranya ada yang pernah fida lukai atau sakiti secara langsung ataupon tidak, fida mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan & kelemahan diri ini.
*tak sama rasa macam kecik2 dulu bila tunggu hari jadi.
“Dah besar ni makin rasa risau & takut. Sama-sama la kita amalkan surah Al Mulk setiap hari ya. Mudah-mudahan menjadi pelindung kita di alam barzakh. #doa #almulk #mati (*Akhir2 ni ramai ustaz berpesan, nak post kat media sosial biar yang baik2, mana tau itu mungkin yang terakhir dari kita.. Wallahu).
“Mak bulan Sya’ban, Ayah bulan Ramadhan.. Mungkin anak bongsu mereka bulan Syawal.. Wallahu,” kongsinya panjang lebar.
Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim menyatakan kerinduan terhadap arwah ibu saudara tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.
Ulasnya disebabkan larangan menziarahi kubur pada hari raya pertama, maka dia dan keluarga melepaskan kerinduan beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri.
Ibu kepada empat orang anak itu turut mengimbau kembali detik mereka sekeluarga sibuk menyediakan rendang setiap kali menyambut perayaan.
“Sorry Ma.. Raya pertama x boleh pi umah Mama. Kita tukar arini ye.
“Selamat Beraya kat tmpt baru Ma. Kami bakal menyusul. Btw, thn ni rendang kitorg x tau mampu ke tak buat mcm mama.. .
Halahhhh… sedey la pulak.
“Kuali yg biasa mama masak tu pon Ain dah kluarkan.. cuma mcm tak mampu je nk ngadap.. kite tgk la cemana kejadiannya nanti ye Ma. Alfatihah Mama,” kongsinya sebak.
Mama merupakan panggilan Sheila kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia November tahun lalu akibat diserang angin ahmar.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Allahyarhamah Rosiyah Mad Ali menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.
Foto : Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada Tomok, Rahayu Abas ada berkongsi mengenai kepentingan ilmu meski berada di dalam apa juga status.
Sambil mengharapkan agar tiada mempersoalkan keputusannya untuk menjadi suri rumah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga menyatakan gembira atas segala pengalaman yang ditimba sepanjang mencari ilmu.
Rahayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu berkongsi rasa menerusi satu posting Instagram yang telah dikemas kini.
“1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai- 2. MRSM Pengkalan Chepa.
“Jangan tanya dibu why i became housewife with those cert i had.
“Pengalaman bekerja mmg banyak from professional job sampai la orang bawahan, but i’m happy through all the experience….and now being housewife serving husband & kids & now take care of my parents,” tulisnya.
Ayu pasa masa sama turut berkongsi akan kepentingan ilmu di dalam kehidupan sehari-hari.
“Walaupun hanya being surirumah tangga sepenuh masa remember EDUCATION tu penting it is sort of our INSURANCE of life. No matter kat mana kita berada ilmu tu berguna.
“Kita tak tahu masa depan tapi kita mampu merancang…i’m not throw all of what i’ve been learning before but i’m make use of it to teach my kids , to help my husband , to arrange and advise financially for my family.
“Tanpa ILMU i don’t think so i can manage my life smoothly…this is what i’ve learn and experience,” luahnya.
Malah, kepentingan menambah ilmu juga baginya merupakan satu elemen yang mampu menggerakkan minda.
“Perkara yang lebih penting adalah apabila kita belajar menambah ilmu di dada actually kita menggerakkan otak kita supaya berfikir kerana kita perlu melatih otak supaya cepat berfikir dan bertindak dan tidak lemah dan hanya berfikir perkara2 remeh dan negatif.
“Ini untuk mengelakkan daripada kita kemurungan, cepat nyanyuk atau menjadi seorg pelupa.
“Nasihat dibu untuk semua kat luar sana…belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan.
“Tidak kira apa jantina atau status kamu…tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan.
Whatever you’ll be will be..the future not our to see…what will be..will be,” titipnya panjang lebar.
Sejurus dengan perkongsian penuh makna itu, sisi komen entri berkenaan menerima reaksi pelbagai dari peminat.
Ayu mendirikan rumah tangga bersama Tomok pada 1 Julai 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Foto: Instagram Rahayu Abas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...