Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terhadap seorang individu yang didakwa bertindak meninggalkan komen biadap berkenaan dirinya dan keluarga, termasuk kenyataan yang didakwa berbaur lucah serta meminta dirinya kembali ke negara asal, Singapura.
“Kepala bapak kau la. Berambus balik Singapura la gamp*ng. Tapi bini dan anak kasi tinggal. Biar aku servis kasi baik punya,” tulis individu terbabit.
“Saya, Anak-anak & Isteri Tak Pernah Kacau Orang”
Menerusi hantaran di Instagram, Aaron menyifatkan komen tersebut agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan isteri dan anak-anaknya.
“Boleh tahu siapa kenal ‘haramjad’ ni? Biadap dan kurang ajar. Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang,” tulisnya.
Minta Bantuan SKMM & PDRM
Dalam masa sama, Aaron turut memohon bantuan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki individu terbabit.
Ads
“Orang masih suka cari masalah. Lepas itu buat video minta maaf kepada bana kau. SKMM & PDRM tolong bantu saya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap kenyataan tersebut melampau dan berharap agar individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.
Ads
Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen termasuk;
“Semoga dipermudahkan urusan. Cari bang sampai dapat.”
“Jangan bagi muka orang macam ni.”
Ads
“Kasi ajar orang macam ni Datuk. Tak boleh bagi muka. Nanti dia naik lemak.”
“Tolong report polis kerana ada unsur ugutan seksual. Biar dia ke dalam. Jangan terima maaf dia. Nanti dia buat dekat orang lain pula.”
Sehingga kini, hantaran yang dikongsikan oleh Aaron itu telah pun meraih hampir 1 juta tontonan di Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penganjur acara, Rayme Zainal mengumumkan Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bakal melakar sejarah sebagai festival raya terbesar pertama yang dianjurkan di puncak tertinggi Putrajaya, dengan acara tersebut dijadualkan berlangsung pada Februari 2026.
Menurut Rayme, pemilihan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi utama adalah kerana bangunan ikonik itu bukan sahaja berteknologi tinggi, malah direka khusus bagi penganjuran acara berskala besar serta menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa.
Dia yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. berkata, festival berkenaan dijangka memberi limpahan rantaian ekonomi dengan menyediakan lebih 300 peluang keusahawanan serta mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan, sekali gus mengangkat Putrajaya sebagai destinasi perayaan utama negara.
“Menjadi ruang pertemuan budaya, komuniti dan pelancongan, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bukan sekadar bazar tetapi turut mengangkat warisan negara menerusi busana kebaya dan batik Edisi Ramadan-Raya yang menjadi identiti seni tekstil negara.
“Dengan sokongan pelbagai rakan rasmi, sebagai penganjur acara, kami mahu menjadikan festival ini satu pengalaman bermakna dan berimpak untuk masyarakat danperusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) setiap kali menjelang Ramadan,” katanya.
Rayme sebelum ini pernah menyertai program realiti TV popular, All Together Now dan dikenali menerusi lagu-lagunya seperti Andai dan Close To You.
Festival ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Februari depan hingga ke ambang malam 1 Syawal.
Ia dianjurkan bersama PULSE Group serta PULSE Event Management (PEM), selain turut menerima sokongan Pulse Grande Hotel Putrajaya sebagai hotel rasmi.
Sebelum ini, Raydiates Blue mencatat kejayaan besar menerusi penganjuran Anjung Syawal Putrajaya 2025 yang menarik lebih satu juta pengunjung dengan penyertaan 330 lot niaga, serta merekodkan jualan melebihi RM10 juta sepanjang 33 hari penganjuran.
Rayme menambah, bertemakan ‘Lebih Tinggi, Lebih Meriah, Lebih Raya’, festival berkenaan bakal menjadi antara acara utama yang menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) dengan gabungan elemen kerohanian, seni budaya, gastronomi, hiburan dan keusahawanan dalam suasana puncak bukit yang unik.
Menurutnya juga, festival itu akan menampilkan lebih 300 usahawan meliputi sektor fesyen, tekstil, kraftangan, produk artisanal dan vendor gaya hidup, dengan tumpuan utama diberikan kepada zon gastronomi kendalian Grab & Go Cafe bersama kerjasama Anjung E.A.T.S.
E.A.T.S membawa maksud Experience, Appreciate, Taste & Share yang bakal menghimpunkan 20 usahawan menawarkan hidangan berbuka, moreh dan sahur dalam suasana ‘hilltop street food’.
“Turut menyerikan festival adalah program kerohanian seperti tazkirah dan solat terawih, persembahan seni budaya dan seni Islam, demonstrasi masakan, bengkel kraf, sesi ramah mesra selebriti, persembahan artis-artis terkenal serta konsert mini Syawal Showcase.
“Persembahan runway, paparan tekstil dan kolaborasi bersama artisan juga dijangka menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara selain menampilkan inisiatif Infaq Ramadan dan kempen kemanusiaan The Pelita of Hope untuk bantuan kemanusiaan Palestin.
“Turut dirancang sambutan tradisi bersama komuniti dan pengunjung, Malam 7 Likur di mana pelita akan menerangi kawasan bukit sebagai simbol harapan dan perpaduan,” katanya lagi.
Sekitar 1,200 tapak parkir percuma dengan resit pembelian turut disediakan selain surau yang luas dan selesa mampu memuatkan sehingga 300 jemaah pada satu-satu masa bagi.
Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai festival boleh diikuti menerusi media sosial rasmi mereka.
Sementara itu, PICC yang tersergam megah di atas bukit menawarkan pemandangan tasik yang indah berlatarbelakangkan Jambatan Seri Gemilang.
Idea rekaan bangunan di Presint 5, Putrajaya itu diilhamkan daripada bentuk ‘Pending Perak’, iaitu tali pinggang pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Bangunan PICC yang dibina bermula tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada September 2003 meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir menjelaskan keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam, Selangor bukanlah satu kegagalan
Sebaliknya ia dianggap sebagai langkah berani demi bangkit semula dengan perancangan perniagaan yang lebih kukuh selepas ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi lagu Kalam itu memaklumkan cawangan berkenaan telah menamatkan operasi pada Isnin.
“Dengan hati yang berat, Shiha ingin memaklumkan bahawa cawangan Seksyen 7, Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember 2025.
“Keputusan ini bukan mudah, tetapi saya percaya ia adalah langkah terbaik buat masa ini,” jelasnya.
Walaupun operasi di Shah Alam dihentikan, Shiha bagaimanapun memberitahu cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan setia.
“Jangan risau ya, cawangan Kampung Baru masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua,” kongsinya lagi.
Menurut Shiha, dunia perniagaan menuntut keberanian untuk mencuba, gagal dan bangkit semula, termasuk berani membuat keputusan besar pada masa yang tepat.
“Dalam bisnes, kita kena berani try and error. Selepas hampir dua tahun, saya rasa kena hentikan operasi dulu dan cari lokasi yang lebih strategik dan boleh untung.
“Ini bukan bermaksud saya ‘down’ atau lemah semangat. Sebaliknya, ini satu proses untuk bangkit semula. Daripada terus menanggung kerugian, lebih baik saya ambil langkah ini dan susun semula perancangan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Shiha turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pelanggan setia, khususnya mereka yang sering membuat pesanan melalui platform dalam talian.
“Sokongan pelanggan, terutamanya pelanggan tetap di Shah Alam, benar-benar menyentuh hati saya. Ia beri semangat untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” katanya.
Shiha kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada cawangan di Kampung Baru dan terbuka untuk terus mencari lokasi baharu yang lebih sesuai bagi fasa seterusnya.
“Sekarang saya fokus dulu di Kampung Baru. Insya-Allah, saya percaya akan ada jalan yang lebih baik selepas ini,” tambahnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencatat pencapaian manis yang tersendiri apabila sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tahun ini menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd, dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.
Hadir bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida serta anak sulung mereka, Ammar Ahyan, penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan dalam Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Selasa.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Aliff turut tidak menyangka syarikatnya sekali lagi tersenarai sebagai penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Selangor.
Malah Aliff menjelaskan, pengiktirafan itu bukanlah sesuatu yang dirancang, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab dan kepercayaan terhadap amanah rezeki.
“Saya sendiri tidak mengetahui jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kerana urusan akaun diuruskan oleh isteri. Apabila dimaklumkan jumlahnya mencecah RM2 juta, saya benar-benar terkejut dan bersyukur.
“Ini bukan soal berbangga diri, tetapi tanda terima kasih atas rezeki yang Allah kurniakan,” katanya.
Dalam pada itu, bintang filem Badang ini turut berkongsi kisah peribadi apabila pernah menjadi penerima bantuan zakat ketika di bangku persekolahan.
Ia sekali gus menjadi pengalaman yang disifatkan sebagai titik penting dalam membentuk komitmennya untuk terus menunaikan zakat sejak usia muda.
“Saya mula membayar zakat ketika berumur 19 tahun. Pada waktu itu gaji hanya RM650 dan zakat yang mampu dibayar hanyalah RM7 sebulan.
“Walaupun nilainya kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang memerlukan, ia sangat bermakna. Alhamdulillah, jumlah itu meningkat setiap tahun sehingga hari ini,” jelasnya lagi.
Menurut Aliff, latar belakang hidup yang sederhana tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan.
Justeru, golongan kurang bernasib baik wajar diberikan sokongan dan peluang kerana setiap individu berpotensi mengubah kehidupan masing-masing.
“Saya juga pernah menerima bantuan zakat untuk pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan. Jangan memandang rendah orang susah.
“Sama ada mereka yang berasal dari kampung, tinggal di PPR atau penerima bantuan, semua orang ada peluang untuk berjaya jika diberi ruang,” katanya.
Dalam pada itu, Shahida memaklumkan tahun 2025 mencatat rekod tertinggi bagi syarikat mereka dari segi pembayaran zakat perniagaan.
Menurutnya, kejayaan tersebut datang hasil sokongan berterusan pelanggan terhadap pelbagai produk yang diusahakan.
“Tahun ini jumlah zakat paling tinggi setakat ini. Ia hasil usaha bersama dan sokongan pelanggan terhadap produk kami, daripada makanan hingga barangan keperluan.
“Semua yang menyokong perniagaan kami sebenarnya turut menyumbang kepada zakat ini. Syukur alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu pada majlis sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan kewajipan berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta.
Antara syarikat lain yang tersenarai sebagai pembayar zakat perniagaan utama termasuk Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Wawa Global Sdn Bhd.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat berjumlah RM346,238 kepada golongan asnaf melibatkan bantuan perumahan, perniagaan dan perubatan.
Selain itu, Wakalah Majikan Kerajaan turut disampaikan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan LZS dalam memperkukuh kebajikan masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.