“Tak ada rezeki, kalau ada job selepas ini bolehlah.”
Demikian kata penyanyi Tom kepada anak-anaknya yang sebelum ini tidak menyangka perjuangan ibunya di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terhenti di pertengahan jalan.
Menurut Tom, dua anak lelaki yang dibesarkannya iaitu Putera Edler dan Putera Evans Ezra ada bertanya mengenai perkara tersebut dan dia cuba untuk menjelaskan dengan sebaik mungkin.
“Mereka kata kalau keluar (tersingkir) nanti tak dapatlah nak beli permainan video games, ‘VR’. Saya kata insyaAllah suatu hari nanti, kita akan beli.
“Mereka masih kecil, tak faham apa-apa. Tapi mereka tahu sebelum ini saya sertai GV9. Malah sebelum ini pun mereka ada juga temani saya ketika sesi latihan.
Ads
“Jadi bila aktiviti tersebut tidak lagi berlaku, itu yang membuatkan mereka tanya. Jadi saya cuba jelaskan,” katanya kepada MH.
Kini cuba mengorak langkah baru untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, Tom akui percaya kepada soal rezeki.
“Masa ketika awal saya terima tawaran sertai GV9, saya ada kongsikan hal tersebut dengan anak-anak. Saya kata macam pertandingan dulu yang sebelum ini pernah saya masuk. Lalu mereka tanya, kalau menang akan dapat duit ke.
“Sebeb saya memang ada berkongsi mengenai kerjaya seni saya kepada mereka. Kemudian saya beritahu mereka, kalau ada rezeki akan menang. Apa pun saya percaya kepada rezeki,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti rakyat Malaysia yang lainnya, barisan selebriti kita juga tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.
Sejak awal pagi, ada di antara mereka yang mulai berkongsikan gambar di Instagram masing masing, dengan jari bercalit dakwat kekal sebagai simbolik sudah membuang undi di lokasi pengundian masing-masing.
Berikut antara selebriti kita yang sudah menjalankan tanggungjawab mereka;
Markah paling tinggi telah pun berjaya diperoleh juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), iaitu sebanyak 85.86% ketika saingan konsert akhir yang berlangsung, malam tadi.
Dengan kemenangan yang diraih, penyanyi lagu Ikut Rentakku ini berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, tajaan penginapan, percutian ke Paris dan trofi sumbangan Astro.
Malah, Jaclyn turut menerima RM2,000 selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.
Bob Yusof dengan 76.28% di kedudukan kedua sementara Shila Amzah pula mendapat tempat ketiga dengan markah 76.02%.
Shila membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.
Berikut ialah markah kesemua bintang akhir yang bersaing yang mana ia 100% diadili juri profesional;
Terdahulu, mereka diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang bersama juri jemputan, Edry Abd Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos Scha Alyahya memuat naik foto lamanya sejurus selesai membuang undi dengan dengan jarinya yang masih ‘berdakwat biru’.
Menerusi Instagram, Scha memaklumkan sudah dua kali melakukan kewajipan mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.
“I have voted twice, 2013 dan 2018. Why second pic? Sila zoom in. Esok InsyaAllah sekali lagi. Marilah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi ruangan kapsyen, pada Jumaat.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...