Ads

Anak-anak Pak Engku Ambil Alih Kuzie Katering

Jumaat malam yang lalu chef selebriti terkenal, Pak Engku telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di salah sebuah hospital di Shah Alam akibat daripada penyakit kencing manis.

Anak sulung kepada arwah Pak Engku, Raja Muhammad Danial Raja Rosly telah berkata kepada Sinar Harian bahawa dia dan adik-adiknya akan memastikan reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap Kuzie Katering tidak berubah.

“Saya dan adik-adik akan berusaha keras untuk pastikan reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap Kuzie katering tidak berubah, malah lebih baik dari hari ini,” katanya selepas jenazah arwah bapanya dikebumikan.

Anak-anak Pak Engku Ambil Alih Kuzie Katering

Ads

Katanya lagi, arwah selalu berpesan kepada dia dan adik-beradik yang lain supaya menjaga keluarga dan Kuzie Katering yang telah dibina sejak 1994 dengan baik.

“Bagi ayah, perniagaan itu seperti maruah dan kebanggaannya,” ujarnya lagi.

Anak-anak Pak Engku Ambil Alih Kuzie Katering

Ads

Setelah tamat pengajian peringkat diploma dua tahun yang lalu, Raja Muhammad Danial telah mula bekerja dan mengendalikan perniagaan arwah bapanya.

Anak-anak Pak Engku Ambil Alih Kuzie Katering

Ads

Isteri kepada arwah pula mengatakan bahawa dia yakin dengan kemampuan anak-anak dan komitmen pekerja Kuzie Katering untuk meneruskan perniagaan suaminya itu agar terus maju.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.