Baru-baru ini penyanyi Amy Search yang juga merupakan pemilik sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith yang terletak di Sungai Buloh telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk anak-anak yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Amy, dilihat dia ada memuat naik satu gambar kenangan menunjukkan dia bergambar dengan pelajar pusat tahfiz tersebut.

Amy Search Adakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Untuk Anak Syurga

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata pelajar-pelajar tahfiz berkenaan sebenarnya pernah dua kali datang ke rumahnya menghadiri jemputan majlis kesyukuran.

IKLAN

Dalam pada itu, pusat tahfiz milik Amy telah mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil untuk sahabat seperjuangan yang terlibat dalam tragedi kebakaran Madrasah Ittifaqiyah.

Amy Search Adakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Untuk Anak Syurga

IKLAN

Amy mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan berkata kejadian ini juga jadi pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri sebagai pemilik sekolah tahfiz biarpun selama ini beliau selalu menasihati guru di sekolahnya agar tidak mengabaikan aspek keselamatan murid.

IKLAN

“Takziah di ucapkan kepada mangsa keluarga yang terlibat dalam kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat . Al Fatihah buat anak-anak syurga ini,” tulisnya di kapsyen.

“Ya Allah aku tk bisa menolak segala ketentuan mu jika itu yg amat terbaik buat mu. ?@albayansoqh dan mlm tdi tahlil dn doa selamat. Bercerita kisah tragedy kemalangan yg sngt tragis itu pda anak2 di Al bayan dn juga penting prosidur keselamatan.”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI