Amir Raja Lawak Jual Air Jagung Amirreka

Mungkin ada yang masih tidak tahu selain daripada menjadi seorang pelawak dan muncul dalam program-program lawak di kaca televisyen, Amir Raja lawak yang terkenal dengan kata I’m Sorry ini kini telah bergelar usahawan.

Melalui sebuah posting di Instagram Amir berkongsi rutin hariannya menjual air jagung di sekitar Kuala Lumpur.

IKLAN

“Saya dah mula meniaga sejak tiga tahun yang lepas, saya mulakan dengan menjual sabun basuh baju dan diikuti dengan jual baju local brand. Tetapi semua ini hanya kekal tidak lebih setahun.

 

“Kemudian saya pernah juga jual roti bakar. Roti ini pernah viral suatu ketika dahulu hingga buatkan orang ramai berpusu-pusu datang dan beratur panjang. Malangnya ia memerlukan komitmen yang tinggi, memandangkan jadual shooting yang terlalu padat dan memenatkan akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti.

 

“Akhirnya setelah diajak oleh rakan sendiri yang merupakan pemilik Air Jagung Klebang Ori, saya akur dengan membuka jenaka sendiri iaitu Air Jagung Amirreka,” jelasnya.

Amir yang terkenal dengan sikap spontannya memberitahu rakannya itu turut brain wash mindanya supaya jangan bazirkan kesempatan yang dimiliki.

 

“Kawan saya selalu kata, jika dia yang tidak terkenal boleh berjaya seperti sekarang sehingga banyak francais di buka mengapa saya yang dikenali orang ini tidak boleh berjaya pula? Jadi, saya ambil kata-katanya dan sentiasa cuba mencari bisnes apa yang sesuai dengan saya,” katanya lagi.

Amir turut memberitahu walaupun dia masih baru dan meniaga di event-event tertentu, sambutannya sangat menggalakkan.

IKLAN

“Buat masa ni saya tak ada kedai tetap, saya hanya join event-event. Saya sedang mencari tapak yang sesuai. Sekirannya ada, saya akan update di media sosial kami.

“Buat masa ini saya rasa semua masih terkawal dan perniagaan ini langsung tidak menganggu waktu penggambaran,” jelasnya.

Amir juga turut berkongsi momen-momen dan gelagat peminat bila berjumpa dengannya.

“Buat yang dah biasa dan tahu tentang saya mereka hanya biasa-biasa, tidak kisah. Tetapi untuk individu yang baru sahaja tahu tentang perkembangan saya akan teruja untuk ke setiap tempat saya meniaga. Mereka akan ikuti perkembangan saya di Facebook atau Instagram.

 

“Tapi yang mana tidak tahu langsung dan kebetulan terserempak akan terkejut dan minta untuk bergambar.

 

“Jika orang muda atau bujang sibuk ajak bergambar, lain pula dengan pembeli warga emas. Mereka sentiasa ringan mulut untuk tanya khabar dan bersembang,” katanya.

Mudah-mudahan perniagaan ini semakin maju! Amin.