Ads

Amelina Pasrah, Terkilan Tak Dapat Bersanding Secara Besar-Besaran. Tapi…

Selepas bergelar ibu tunggal, penyanyi yang bakal bersaing menerusi program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina mengakui sehingga ke hari ini, hatinya masih belum terbuka terhadap mana-mana lelaki apatah lagi untuk bercinta.

Baginya apa yang penting ketika ini dia memberi fokus terhadap kerjaya seterusnya komited di dalam membesarkan enam anak.

Ads

“Jujur, memang saya tiada siapa-siapa. Saya single. Fasa sekarang ni, adalah lebih baik untuk saya fokus dalam mencari rezeki demi keluarga dan kalaulah ada lelaki yang mahu mendekati selepas ini, saya mengharapkan mereka boleh terima saya dan anak-anak,” katanya kepada MH.

Tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan mengimpikan itu dan ini sekiranya bertemu jodoh lagi, penyanyi asal Negeri Sembilan itu bagaimanapun mengakui lelaki yang ingin mendekati perlulah menyayangi anak-anak dan tidak hipokrit.

Ads

“Risau juga kalau ada lelaki yang nak kenal, tetapi pada akhirnya hanya sukakan saya dan bukan anak-anak. Cuma itulah rasanya sukar untuk mencari teman hidup sebab anak saya bukannya seorang dua, tetapi enam orang.

 

“Saya tak mahulah dapat lelaki yang propa sebab tak dinafikan anak-anak juga pastinya perlukan kasih sayang daripada seorang bapa,” kongsi Amelina lagi.

Ditanya apakah impian dan harapan dalam soal jodoh, ini katanya;

Ads

“Saya sudah pasrah sebenarnya. Kalau takdir selepas ini saya akan berkahwin lagi, maka akan kahwinlah saya. Begitu juga sebaliknya. Cuma itulah, impian untuk bersanding itu tidak kesampaian sebab dulu tak sempat untuk buat majlis bersanding secara besar-besaran,” selorohnya.

 

“Tetapi tidak mengapa sebab Allah SWT memberikan saya rezeki lain, iaitu anak-anak,” akhiri Amelina.

Nah ini dia peserta GV5!

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 19 September 2018

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.