Amelia Christie Teruja Dapat Bunga Daripada Sharnaaz; “Kamu Adalah Insan Yang Tidak Pernah..”

Share

Hubungan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan aktres baharu, Amelia Christie kini bukan lagi rahsia selepas kedua-duanya hadir saling berpimpinan tangan pada malam gala filem Polis Evo 3 yang diadakan baru-baru ini.

Terbaharu, perkongsian Amelia, 23, menerusi Instagram Story menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah video ringkas menyatakan kegembiraannya menerima bunga orkid daripada insan tersayang.

Dalam video berkenaan, Amelia turut menunjukkan kad ucapan yang disertakan sekali dengan hadiah tersebut yang diberikan oleh Sharnaaz serta anak tunggalnya, Jebat Jayden.

“Thank you Sayang, Mamu,” tulis Sharnaaz dalam kad tersebut.

Amelia turut menulis kapsyen ringkas dalam entri tersebut yang berbunyi, “Apa yang saya tahu, kamu (Sharnaaz) adalah insan yang tidak pernah gagal untuk membuatkan saya tersenyum.”

Untuk info, Sharnaaz, 38, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga merupakan kakak kepada Neelofa pada 30 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN