Saat MH menjengah ke laman Instagram milik pelakon cantik, Nora Danish terpegun sungguh taktala melihat sebuah video yang dikongsi Nora.

Nora memperlihatkan rakaman imbasan bayi dalam kandungan yang sihat dan cukup sifatnya. Video tersebut telah mencuri jutaan pengikutnya meninggalkan komen yang positif.

Mana taknya, imbasan itu menunjukkan bayi tersebut mempunyai hidung yang mancung. Pasti comel seperti ibu bapanya.

“Baby Ney Ney wants to say hello to mommy’s followers.” tulis Nora di laman tersebut dengan hastag #babyNeyney #marchbaby

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Nora mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat imbasan bayi tersebut.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan Nora dipermudahkan sehingga saat melahirkan nanti dan ada juga yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan.

IKLAN

Perkongsian tersebut telah meraih 508,942 juta tontonan dan 468 komen setakat ini. Malah peminatnya masing-masing cuba meneka jantina bayi Nora adalah perempuan. Sekiranya baby girl, pasti secantik ibunya kan!

Amboi, Mancungnya Hidung Baby Nora Danish!

Nora, 35, memiliki seorang anak lelaki daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, dan telah disatukan dengan Nedim ada 30 Mac yang lalu.

IKLAN

Amboi, Mancungnya Hidung Baby Nora Danish!

Amboi, Mancungnya Hidung Baby Nora Danish!

IKLAN

MH mendoakan agar Nora dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

Jom #MHBelanjaVideo imbasan kandungan Nora buat korang. Super cute!

Baby Ney Ney wants to say hello to mommy’s followers. #babyNeyney #nenojr #marchbaby #alhamdullilah

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI