“Amboi Dah Berdebu…,” – Adik Kongsi Kapsyen Sweet Pada Suami, Tapi Si Kakak Syatilla Melvin Pula Yang Balas…

Share

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syida yang baru saja menamatkan zaman bujangnya pada 19 Januari lalu, ada berkongsi beberapa keping foto sekitar hari bahagianya di Instagram.

Untuk rekod, Syida yang juga pendatang baru dalam industri seni mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Wanita Besi Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Bagaimanapun, menerusi satu satu posting gambarnya, Syida ada menulis kapsyen ‘bersemut’ terhadap suami tercinta.

“Awak nak tahu apa beza cahaya senja ni dgn kita?” tulis Syida lalu ia secara seloroh dibalas kakaknya, Syatilla.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun mengikat tali pertunangan sekitar Jun, tahun lalu. Tahniah buat kalian, moga till jannah.

Foto: Instagram Syida/Syatilla

IKLAN