Pencetus Ummah (PU) Amin memuji sikap dan tanggungjawab petugas sektor kesihatan yang melibatkan doktor dan jururawat dalam merawat mangsa yang terlibat dalam koronavirus (COVID-19) yang melanda negara kini.
Bagi mencegah masalah yang semakin berleluasa itu, kerajaan telah mengambil langkah inisiatitif agar Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh 14 hari dilakukan.
Malah, ia selari dengan tanggungjawab masyarakat untuk duduk di rumah sahaja.
“Beginilah keadaan mereka yang menerima rawatan oleh para doktor kita . Lemah jiwa bila melihat keadaan sebegini. Bagaimana jika berlaku dikalangan ahli keluarga kita ? Tak sanggup untuk membayangkan.
Ads
“Virus ini disebarkan dengan cepat . Pelihara diri di rumah , ambil masa cuti untuk solat , zikir dan berselawat . Hentikan segera perkara maksiat , tutup aurat dan pelihara setiap saat dalam ibadat . Taat dan patuh arahan pemerintah dan para doktor..
“Ingat, jangan keluar rumah kecuali aktiviti penting sahaja . Kalau nak pergi beli barang , pergi seorang sahaja dan jaga kebersihan sentiasa , kita di fasa akhir untuk membasmi virus jahat ini.
Ads
“Ya Allah pelihara kami ya Allah! Moga Allah beri jalan keluar pada musibah ini . Ada hikmah disebalik musibah ini . Ya Allah ! dengan nama dan zat Mu yang mulia , lindungilah kami , lindungilah kami , lindungilah kami,” tulisnya.
Video tersebut memaparkan situasi di sebuah hospital yang melibatkan petugas kesihatan menjalankan tugas bagi merawat mangsa positif COVID-19.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.
Video : Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous, Mikhail Isaaq menyatakan walaupun akur akan sifat isteri yang gemar menyimpan, namun sebagai suami, dia tidak mampu berdiam diri andai isteri terpaksa memendam keinginan.
Dan atas sebab itu, sempena sambutan ulangtahun perkahwinan, dia memilih kereta mewah berjenama Audi R8 untuk isteri kesayangan.
“Wife aku jenis menyimpan, tapi aku jenis tak boleh if dia suka something mesti akan cuba mcm mcm cara jugak utk beli Audi R8 utk dia. Dia ingat aku beli R34 utk aku hahaha. Happy Anniversary sayang,” kongsinya.
Tidak mahu kenyataannya menerusi laman Instagram disalah erti, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegaskan luahannya tiada kena mengena dengan mana-mana individu.
Ini kerana, ada yang mendakwa ia dibuat kerana cemburu, busuk hati dengan ustaz atau mereka yang buat kebaikan di media sosial.
“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Pulak dah..apehal kesitu juah pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan.
“Takpelah, sabar jela. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama.
“Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda “mereka,” luahnya lagi menerusi Instagram.
Malah, bintang Munafik ini turut menambahbaik posting terdahulu agar netizen tidak melencong jauh dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.
Jelasnya netizen kerap kali mempersoalkan andai soal sedekah, amalan membaca Al-Quran atau perihal agama semata-mata ia tidak dipertontonkan di laman sosial.
“Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?
“Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya?
“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.
“Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya.
“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” kongsinya lagi.
“Kena kuarantin dua hari.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Novel Coronavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.
Terdahulu, Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.
“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir alami demam. Sekejap demam dan sekejap baik.
“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemudian suhu badan badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simpton-simpton itu (wabak Novel Coronavirus) seperti ada.
“Saya ambil inisiatif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalani ujian saringan.
“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.
“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.
“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.
“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, sejurus ujian dilakukan, bintang Papa Ricky ini menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.
“Alhamdulillah, saya disahkan negatif coronavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin selama dua hari di rumah.
“Malah ketika itu pun, saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatanya,” jelasnya lagi yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan dirinya sekeluarga.
Terdahulu menerusi Instagram, Shakilla ada berkongsi mengenai hal sama beberapa hari lalu.
“Sambil memanjat rasa syukur, dia turut menghuraikan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Esa.
“Betul lah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ni sangat2 berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik. Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.