
Mengambil keberkatan bulan Ramadan, pelakon Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir bagi memberikan ketenangan kepada pendengar sepanjang bulan mulia ini.
Menurut Fattah, lagu-lagu zikir tersebut merupakan sebahagian daripada fokus barunya dalam menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik.
“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro.
“Saya berharap ia dapat membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya.
Lima lagu zikir tersebut ialah Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla Wa La Quwwata-illa Billah, Rabbi Yassir dan Zikir Fatimah.
Berkongsi lanjut mengenai lagu-lagu zikir tersebut, pada perancangan awalnya, hanya tiga lagu yang mahu direkodkan namun ia kemudian ditambah menjadi lima bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pendengar.
“Zikir-zikir ini memang yang orang dah ‘familiar’. Kami gubah dengan muzik dan arrangement yang baharu.
“Pada asalnya, kami plan untuk hasilkan tiga lagu sahaja tapi macam tidak cukup kerana satu zikir, dua minit sahaja.
“Ia terlalu sekejap sangat, untuk itu kami tambah lagi dua.. sampai lengkaplah lima track zikir,” katanya.
Alunan zikir ini boleh dihayati menerusi Spotify, Apple Music dan YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Mencipta kelainan, stesen televisyen TV AlHijrah memberikan ganjaran buat 180 penonton setia mereka dengan menaja tambang balik kampung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini akan melalui rangkaian jalan raya di utara, selatan dan timur iaitu Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu untuk balik kampung.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, perjalanan pertama AlHijrah On The Bus akan berlepas pada Jumaat, 14 April ke Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu.
“Bagaimanapun kami belum putuskan apa pengisian untuk penumpang bas sepanjang perjalanan mungkin taranum dan sebagainya.
“Namun kami berharap ada selebriti atau pempengaruh yang ikut sekali bersama, tujuan awal AlHijrah On Bus adalah memperkenalkan jenama ini di pelosok kampung.
“Buat promo siapa yang hendak balik hantar komen kepada TV AlHijrah, kita akan temubual sikit tengok status kehidupannya kerana fokus kami adalah mereka yang tidak berkemampuan,” katanya kepada MH.
Namanzee ditemui majlis pelancaran Kempen Ramadan 1444H TVAlHijrah bertemakan kempen Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk tujuan itu, TV AlHijrah telah bekerjasama dengan Mara Liner Sdn Bhd yang memperuntukkan sebanyak empat buah bas bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut.
Turut dilancarkan program CSR, Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah menggunakan khidmat 15 penunggang motosikal yang akan buat edaran sebanyak seribu bungkusan bubur lambuk di lima lokasi tumpuan ramai Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara lokasi dikenalpasti adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, stesen LRT, UiTM Shah Alam, stesen bas Kajang dan Masjid Usman Zaid.
Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan 17 rancangan baharu dan istimewa genre dokumentari, bual bicara, masakan, kerohanian, drama, telefilem, hiburan Islamik dan filem.
Keseluruhan 29 jam penerbitan diperuntukkan untuk Ramadan antaranya adalah Peristiwa Ramadan, Rehlah Roh Haramain, Khatam al Quran Perdana, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan, Cinta Ilmu Qiam, Kerusi Lipat, Ihya Ramadan, Camca Ramadan, Camca Viral, Assalamualaikum Sahur, Sembang Moreh dan Matahati Madani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Susulan keraian secara sederhana anak kedua Puteri Sarah Liyana, Sumayyah yang keempat baru-baru ini, ada peminat tertanya mengenai ketiadaan bapanya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada majlis tersebut.
Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan Puteri Sarah menerusi Instagram, majlis dirai bersama ahli keluarga yang diadakan di Restoran Haslam sejurus berbuka puasa.
Turut kelihatan ialah ibu bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh bersama mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, kelibat Syamsul Yusof tidak pula kelihatan menerusi foto yang dimuat naik.
Sekaligus, peminat di ruangan komen hantaran tersebut mempersoal perkara itu memandangkan ia sambutan hari lahir anak bongsunya.
Malah tak kurang yang memuji silaturrahim besan yang dilihat saling menyokong di antara satu sama lain.
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)
Ini antara komen yang ditinggalkan peminat;
“You should be thankful and proud like really really proud of yourself. Mentua macam ni memang one in a million and you are the chosen one. Salam Ramadan.”
“Mana si dia yang kononnya nak berdamai face to face seperti yang diucapkan dalam pc tu? Ada datang majlis ke tidak? #sekadarbertanya.”
“Untung you Sarah dikelilingi orang yang sayang you.”
“Dikasihi keluarga satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Syukur alhamdulillah.”
Sementara itu, Datin Patimah turut memuat naik foto Sumayyah ketika masih bayi di Insta Stories sambil memanjatkan rasa syukur kerana cucunya kini genap empat tahun.
Dalam perkembangan lain, Syamsul kini difahamkan memberikan komitmen terhadap penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Bakal menyambut cahaya mata ketiga pada hujung Mei depan, Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan segala perkara baik dikurniakan.
Malah, pasangan ini bersama anak perempuan mereka, Wan Khaleeda turut diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Fizo menyifatkan ia sebagai rezeki anak.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya sebelum ini.
“Ini semua rezeki anak termasuk bayi yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
“Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian,” kata Fizo.
Mengenai tawaran dan lantikan sebagai duta jenama itu, Fizo pada awal ragu-ragu untuk menerimanya.
“Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula. Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.
“Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
“Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu.
“Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
“Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” katanya lagi.
Mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, Fizo bersyukur dan pengumuman jantina anak ketiganya itu diumumkan secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.
Malah serentak dengan itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu.
Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak sekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini,” katanya.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017.
Malah hingga kini, jenama itu sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
“Kami bangga melihat kebangkitan ejen yang menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Dari awal bertapak hingga awal tahun ini, sudah 10,000 rakyat yang rata-ratanya wanita berjaya membuat jualan atas talian di rumah saja.
“Kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah status hidup dan meraih pendapatan tetap walaupun bergelar suri rumah. Pada acara berlangsung tempoh hari, Naemah Mohamad Mohd Fadzil menjadi top seller 2022 dan dihadiahkan Toyota Alphard.
“Tahun lalu saja dia berjaya membuat jualan lebih daripada RM4 Juta, mampu menyelia lebih 3000 pasukan ejen di bawahnya dan membuka sebuah cawangan Mamz di Butterworth, Pulau Pinang,” tambahnya lagi.
Dua produk yang laris ialah Mamz Oil dan Mamz Baby Cream.
“Mamz Oil berfungsi untuk merawat kahak dan selesema bayi, melegakan batuk dan merawat asma dan resdung.
“Sementara Mamz Baby Cream pula untuk mengelakkan ekzema, mencegah kembung perut, membantu anak tidur lebih lena, selain melembapkan kulit bayi,” katanya.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing.
Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
“Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

