Aktres Fasha Sandha berkongsi perkembangan terkini rakan selebriti Nad Zainal yang kini sarat hamil anak ketiga.
Difahamkan, mereka antara barisan artis yang berniaga di sebuah acara di Singapura.
Video berkenaan dimuat naik Fasha di Instagram, pada Khamis yang antara lain turut merakamkan pelakon drama Serpihan Sayang itu sedang melayani pelanggan sambil ditemani suami, Aidil Aziz.
Dalam perkongsian sama, Fasha sempat meluahkan rasa teruja kerana dapat berniaga bersebelahan dengan booth Nad Zainal.
“Ehh berjiran dengan Kirana (Nad) Ada ke yang rindu Kirana and Miralove?,” tulisnya.
Ads
Lebih menarik perhatian, Fasha juga sempat mengusap perut atau ‘baby bump’ Nad sebagai tanda untuk mengambil berkat.
“Ambil berkat katanya,” titip Fasha ringkas sambil Nad yang kelihatan tersipu-sipu.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat dua figura popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Watak Doktor Sani, pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak dalam filem bergenre seram fiksyen, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberi cabaran tersendiri buat pelakon berkaliber, Bront Palarae.
Menerusi filem terbitan Produksi Seni 2020 ini, Bront bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.
“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.
“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.
“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” katanya.
Mengenai gandingan dengan Uqasha, kata Bront, dia mudah bekerjasama dengannya kerana dia pelakon berpengalaman.
“Bukan dengan Uqasha sahaja, saya juga tidak ada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon lain kerana ia membabitkan kerjasama secara berkumpulan. Plot penceritaan filem ini juga mengenai ekspedisi sekumpulan pengkaji,” katanya lagi.
Mengulas kerjasama dengan Jason pula, kata Bront, dia memang rindu untuk bekerja dengan pengarah berkenaan.
“Saya pernah bekerja dengan Jason dalam beberapa projek filem, tetapi dalam genre berbeza.
“Antaranya, filem Belukar, Kau Takdirku dan dua musim siri The Bridge.
“Justeru, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan Jason dalam filem Sumpahan Jerunei ini,” katanya.
Ditanya kelainan filem Sumpahan Jerunei berbanding genre seram yang pernah dilakonkan, kata Bront, dia tertarik dengan nilai budaya yang diketengahkan dalam filem yang mengangkat mesej mengenai adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak.
“Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.
“Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini,” katanya.
Sementara itu, kata Bront, filem Sumpahan Jerunei juga memiliki kekuatan dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.
“Secara peribadi, saya berasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.
“Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini,” katanya.
Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.
Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.
Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).
Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.
Sumpahan Jerunei akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat menjadi peserta tersingkir di Big Stage 5 sebelum kesemua bintang yang tinggal bakal bersaing ke peringkat akhir, minggu hadapan.
Seorang lagi yang turut berada di kedudukan tiga tercorot ialah Putera Muhammad.
“Terima kasih semua atas sokongan semua. Terima kasih para juri untuk malam ini, kami sudah buat yang terbaik dan kami sebenarya tidak sangka sudah berada pada tahap ini,” kata Dem Lepak Boyz.
“Terima kasih buat peminat kerana mengundi, terima kasih kepada keluarga dan juri. Banyak yang belajar di Big Stage 5 dan saya tak akan lupakan, insyaAllah,” ucap Firdaus pula.
Sementara itu, Nadeera yang turut memenangi Dominasi Persembahan Terbaik menerusi lagu Aku Cinta duet bersama Khai Bahar unggul di tempat teratas dengan98.70 peratus.
Ini markah penuh kesemua bintang yang berjaya mara ke final.
Minggu hadapan, kesemua yang bersaing bakal menyanyikan lagu yang dipilih oleh mereka sendiri menerusi tema ‘Ultimatum’ selain segmen ‘battle mashup’.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini ialah Datuk AC Mizal.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani memaklumkan ibunya kini masih lagi dirawat di hospital dan memerlukan pemantauan rapi selepas dilaporkan pengsan hampir tiga kali ketika di rumah.
Bagaimanapun, Azhan memberitahu keadaan ibunya sudah beransur baik dan kini sedang menjadi rawatan fisioterapi dan pemulihan.
“Mak saya sekarang berada dalam keadaan terbaring. Namun, perkembangan dia agak bagus berbanding hari pertama. Sebelum ini, dia pernah tumbang hampir tiga kali di rumah.
“Berat badan pun dah menurun secara drastik iaitu 32 kilogram tapi selera makannya sudah kembali okay.
“Ketika ini, dia tak mampu untuk duduk, berdiri dan berjalan. Kita kena ajar dia bertatih dan bertongkat.
“Mak saya masih lagi perlu diurus sebab dia masih pakai lampin 24 jam. Perlu ada orang yang jaga untuk tukar pakaian. Sekarang saya bergilir-gilir dengan adik,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini
turut mengingatkan anak-anak di luar sana untuk tidak merasa susah untuk menjaga ibu bapa yang sakit.
“Untuk menguruskan mak yang sudah tua dan sakit sememangnya bukan mudah. Apatah lagi bila anak-anak lelaki nak menjaga orang perempuan.
“Kita kena buang perasaan malu, kotor atau geli nak bersihkan najis. Buat anak-anak di luar sana, kalau kita rasa itu susah, itulah yang mak kita lalui dahulu.
“Kalau kita rasa dia menyusahkan kita, memang patut pun. Kita pun dah susahkan dia berkali-kali ganda ketika kita kecil,” ujarnya lagi.
Azhan berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Budak Hostel Otanya Sewel yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga sudah melihat pelbagai rakam keluarga ketika berada di hospital.
“Bila berada di hospital, saya dapat melihat keadaan ibu bapa orang lain. Ada ibu bapa yang tiada pun anak-anak datang tengok. Sampai nak suap makanan pun kena minta tolong orang lain.
“Bila orang tua sakit, janganlah ramai-ramai datang ketika waktu melawat. Orang tua yang sakit, dia tak perlukan pelawat tetapi penjaga. Jagalah, jangan datang melawat. Itu sahaja syurga yang kita ada,” katanya lagi.
Kongsinya lagi, anak-anak perlu berbincang sesama adik-beradik demi memastikan kebajikan ibu bapa sentiasa terjaga.
“Seorang anak perlu mengambil tanggungjawab yang lebih. Kalau kita kumpulkan alasan? Rasanya ibubapa kita akan terbiar.
“Orang lain yang punyai ramai adik-beradik pun akan susah nak jaga mak. Tapi alasan sebegitu tidak akan ada pada mak kita. Seorang mak boleh jaga sampai 10 orang anak.
“Saya tak anggap ini satu pengorbanan tapi ia merupakan tanggungjawab,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...