“Amaran Buat Peminat, Jangan Buat Main,” – Zizan Razak Tegur Peminat Sendiri Gara-Gara…

Share

Memuat naik pesanan khas buat peminat, Zizan Razak berkongsi klip rakaman berupa amaran buat para peminat.

Ulasnya semenjak tampil tanpa misai, orang ramai sering menyangka dia adalah aktor sasa, Aaron Aziz.

“So semenjak saya tak ada misai ni, ramai yang tegur saya. Halo Aaron Aziz. Saya tumbuk muka dia orang yang tegur saya macam tu.

“Saya bukan Aaron Aziz okay. Saya Aziz M. Osman.

“Kata kata amaran buat peminat Zizan. So jangan ambil mudah ya. Jangan buat main main.”

Menerusi ruangan komen, netizen berterusan memanggilnya sebagai Aaron Aziz seolah-olah mengiyakan ‘tuduhan’ tersebut.

Aduh Zizan, seriau MH tadi bila melihat kapsyen mengundang yang dikongsi.

Foto – Instagram Zizan Razak

IKLAN