Wah seronoknya dapat hadiah kereta! Itulah ayat pertama yang terlintas di fikiran selepas melihat perkongsian pelakon cantik, Amyra Rosli yang baru sahaja berkongsi kepada semua bahawa dia telah menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya yang tercinta.

Amyra berkongsi gambar menerusi akaun Instagram di mana bayinya sedang memegang kunci kereta tersebut.

Di ruang kapsyen gambar berkenaan, Amyra berkata bahawa dia dan cahaya matanya adalah insan yang paling bertuah kerana memiliki suami dan ayah yang baik seperti Amar.

“Dear daddy..
You are the sweetest person we have ever met. We are very lucky to have someone like you in our life. Alhamdulillah.
Thanks for this gift & for all the special things you do ?
We love u @amarbaharin #Amyramar #AmyramarJr #EndlessLove ,” tulis Amyra.

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Rata-rata peminat serta pengikut pelakon ini juga turut teruja melihat hadiah yang diterima oleh Amyra malah ada juga yang teruja melihat bayinya yang baru dilahirkan tempoh hari.

IKLAN

lindalyn2012: Wah…dpt civic. Congrats @aamyrarosli for your new bundle of joy…cute baby..

nurhati08: Alhamdulillah.. mummy dapat kereta lah … semoga mummy cepat sehat .. take care dlm pantang .. Kalau Nak balek badan macam anak dara berpantanglah .. membaiki dlm dan luar .. in syaa Allah ..

maimunahmad: Tahniah cute nye Baby Amira Rosli semoga sht2 sllu..Ibu n Anak..

IKLAN

yeen88jb: Bestnya lepas besalin dpt hadiah kete.. Klu aku la stiap tahun pun aku sngup mngandung..ahahaha hakikatnya dlm mimpi jek laa…

Minggu lalu, Amyra telah selamat melahirkan puteranya ini kira-kira pukul 12.07 tengah hari di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

IKLAN

Baca juga: Amyra Rosli Selamat Lahir Bayi Sulung

Sehingga kini, nama bayi comel ini masih belum diberitahu oleh Amar dan Amyra dan mereka hanya mahu bayi mereka dikenali dengan panggilan Amyramarjr.

Semoga cahaya mata sulung pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Amyra Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI