Pelakon, Aedy Ashraf memaklumkan dirinya telah pun membuat satu laporan polis selepas identitinya didakwa telah disalahguna untuk tujuan memperdayakan wanita.
Menurut Aedy, individu tidak bertanggungjawab itu dikatakan telah mencipta email palsu dengan menggunakan namanya.
“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan email yang kononya dihantar oleh saya.
“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa itu bukanlah alamat email saya. Saya perlu mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Anak Tebing itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi tangkap layat laporan polis tersebut, individu tersebut dipercayai telah berjaya memperdaya sekurang-kurangnya empat wanita.
“Pada 18 Jun lalu, semasa berada di Jalan 4, Jalan Chow Sow Lin, saya dapat tahu ada individu tidak dikenali telah menyamar sebagai saya dengan cara menggunakan email samaran aedyasrafx@gmail.com.
“Sekurang-kurang empat wanita yang menerima mesej daripada individu terbabit telah diajak keluar manakala seorang telah memberikan alamatnya kepada lelaki itu,” kongsinya.
Lantaran itu, Aedy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan taktik digunakan individu tidak dikenali itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan tersebut selain turut memberi kata-kata semangat buat Aedy.
“Bertabahlah bos. Extra careful. Manusia makin tiada hati dan otak.
“Semoga Aedy baik-baik sahaja.
“Stay strong. Kami sentiasa di belakang anda.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
“Take care and be safe Aedy,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi posting yang sama, Aedy turut berkongsi infografik yang disediakan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengenai penipuan di media sosial sebagai peringatan bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aedy Ashraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.