Amar Baharin Buat Pengumuman, Amyra Rosli Hamil Anak Kedua!

Share

Tanggal 1 Julai, pelakon Amar Baharin telah meriakan ulang tahun kelahiran ke-34 tahun.

Lebih gembira, Amar mendedahkan isterinya, Amyra Rosli kini hamil anak kedua.

Malah, bintang Jodoh-Jodoh Annisa itu telah membuat pengumuman menerusi sebuah entri video di Instagramnya sebentar tadi.

“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.

“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 12 saat itu, memaparkan alat ujian kehamilan yang dilakukan Amyra kini sedang hamil hampir empat minggu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi, 1 tahun lapan bulan.

Video : Youtube Channel Amar Baharin/ Instagram Amar Baharin

IKLAN