
Pelakon terkenal Indonesia, Amanda Manopo, sah bergelar isteri kepada aktor dan model popular Kenny Austin selepas kedua-duanya melangsungkan majlis pernikahan romantis di The Langham Hotel, Jakarta Selatan pagi tadi.
Majlis pemberkatan yang diadakan secara tertutup itu berlangsung dalam suasana penuh syahdu dan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat pasangan berkenaan sahaja.
Meskipun sederhana, suasana majlis tetap memancarkan keanggunan dengan dekorasi serba putih dan bunga segar menghiasi ruang utama lokasi pernikahan Amanda Manopo dan Kenny Austin.

Amanda Manopo tampil menawan dalam gaun pengantin rekaan pereka fesyen terkemuka, Hian Tjen, yang mengetengahkan sentuhan klasik moden dengan perincian renda halus serta veil panjang yang menambah seri penampilannya.
Sementara itu, Kenny Austin pula kelihatan segak mengenakan sut putih gading dengan potongan kemas yang dipadankan dengan seluar rona hitam khas untuk majlis bersejarah itu.
Momen paling menyentuh hati berlaku ketika ayahanda Amanda, Ramon Gauna Lugue, menyerahkan tangan anak perempuannya kepada Kenny Austin.
Ketika itu, kedua-duanya dilihat menahan sebak dan menitiskan air mata sebelum majlis pemberkatan disempurnakan oleh pendeta di hadapan keluarga terdekat.


Salah satu perincian yang menyentuh hati di majlis perkahwinan ini apabila Amanda tidak lupa tentang ibunya yang telah meninggal dunia.
Satu kerusi dibiarkan kosong dan diletakkan kain dengan tulisan yang menyentuh hati berbunyi, “Ibu kepada pengantin, biarpun saya tiada di sini, kasih sayang dan kegembiraanku berada bersama mu dalam pelbagai cara. Mrs Henny Agustina Manopo.”
Imbas kembali, Amanda Manopo, 25, sebelum ini mencuri perhatian menerusi lakonannya sebagai Andin dalam sinetron popular, Ikatan Cinta. Manakala Kenny Austin, 31, dikenali menerusi filem dan drama seperti Mata Dewa dan Perjanjian Setan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




