Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo menitipkan nasihat buat kedua-dua anaknya untuk sentiasa bersatu hati dan tidak berpecah belah dalam menjaga hubungan sesama keluarga.
Jelas Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusli, dia berharap agar tidak timbul perasaan iri hati atau hasad dengki dikalangan ahli keluarganya yang boleh membawa kepada perpecahan.
Katanya lagi, dia sebolehnya mahu legasi yang dibina menerusi keluarga ini akan diteruskan sampai bila-bila.
“Tazkirah Selepas Jamuan Makan Sepanjang Hari Father’s Day. Tiada apa yang lebih mengembirakan Papa, Abah dan Daddy selain melihat anak-anak bersatu HATI, berbaik BUDI, Tiada IRI , HASAD DENGKI, tidak rasa menjatuhkan SESAMA SENDIRI.
“Papa, Abah, Daddy, tidak pernah diajar berpecah belah sesama sendiri, tolong sambung Amanah ini, wajib di ambil sebagai legasi,” katanya.
Ads
Perkongsian tersebut dikongsikan oleh Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jinggo turut menambah, seandainya berlaku perpecahan diantara ahli keluarganya, dia menyifatkan tugasnya sebagai seorang bapa telah pun gagal.
“Andai sudah terpahat di hati HASAD DENGKI sesama sendiri, itu bermakna AYAH SUDAH TIDAK DIHORMATI LAGI, KERANA GAGAL MENYATUKAN KELUARGA SENDIRI
Ads
“Ingat, jika kita berpecah belah, kita bukan saja sudah kalah tapi MARUAH KELUARGA KITA JUGA HILANG SUDAH,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan nasihat yang diberikan oleh Jinggo selain turut mendoakan semoga keluarganya akan sentiasa bahagia sampai bila-bila.
Ads
“Mata masuk habuk pulak. Happy father’s day. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
“So touching Papa Jinggo.
“Alhamdulillah, seronok tengok family Tok Sidang.
“Semoga kebahagiaan, keharmonian dan kasih sayang keluarga Tok Sidang kekal hingga ke jannah,” antara reaksi-reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Reda dengan ketentuan Illahi, pelakon Putri Najuwa mengesahkan dirinya mengalami keguguran selepas bertemu doktor bagi melakukan pemeriksaan perkembangan bayi yang dikandung.
Menerusi Instagram, bintang itu memaklumkan jantung bayi dalam kandungannya yang berusia lapan minggu terhenti dan sudah menunjukkan sebarang perkembangan sejak sejak dua minggu lalu.
“Sepatutnya ia menjadi satu sesi temu janji yang mengujakan untuk melihat degupan jantung si kecil pada usia lapan minggu.
“Tapi saya lihat dia kelihatan sama sahaja ketika ia berusia enam minggu.
“Doktor kata janin berhenti membesar dan saya mengalami keguguran.
“Ketika itu saya rasa seperti hati saya dirobek sesuatu. Malah saya tidak boleh luahkan dengan kata-kata apa sebenarnya yang saya rasa.
“Tetapi ini adalah ketentuan dari Allah, doakan yang baik-baik buat kami,” tulis Najuwa.
Ayda Jebat menerusi segmen hiburan di sebuah program televisyen menyatakan kekesalan apabila pertunangannya secara talian dijadikan isu dan bahan jenaka netizen.
Jelas pelakon itu menerusi temubual, ada netizen memberikan komen yang kurang enak dengan mengatakan pertunangannya dijalankan secara talian, pernikahan menerusi video call dan mungkin perceraiannya dilakukan menerusi aplikasi Whatsapp.
Rata-rata netizen memberikan reaksi di ruangan komen.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengikat tali pertunangan melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menjalin hubungan kira-kira setahun.
Foto : Instagram Melodi & Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah selamat diijabkabul sebagai suami isteri di kediaman keluarga pihak wanita di Seri Kembangan, Selangor, kira-kira jam 5.31 petang tadi.
Memetik mStar, pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz, dengan sekali lafaz.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.
Difahamkan, masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.
Terdahulu, senaskhah al-Quran tersebut merupakan hadiah yang diberikan buat Ardell sewaktu majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Nadzmi Adhwa, 26, pada masa sama besyukur atas doa semua.
“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” kata pemilik nama lengkap, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi seperti dipetik.
Keduanya bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh resepsi serta lokasi berbulan madu.
Foto/Sumber: mStar Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia (UUM), penyanyi dan pelakon Tomok terus melangkah dalam dunia akademik apabila sedang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (master) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Seni Persembahan.