Uncategorized

“Amalan Mulia Paling Mudah Ialah…,”- Sifatkan Saiful Apek Salah Pilih Haluan Hidup, Ini Respon Padu Pelawak ‘Lejen’!

Share

Pelakon dan pelawak senior, Saiful Apek membidas semula kenyataan seorang penggguna  Twitter yang melabelkannya sebagai salah memilih jalan hidup.

Menurut individu tersebut, Apek merupakan seorang pelawak yang baik dan juga nadi penggerak kumpulan lawak popular, Senario.

Namun, kariernya dilihat sedikit terjejas akibat salah memilih haluan hidup.

“Great talent. Rugi sebab salah pilih haluan hidup. Antara faktor penguat Senario. Rating: 7.9/10,” tulis individu berkenaan.

Enggan melatah, Apek membalas semula tweet tersebut dengan cara yang cukup berhemah.

 

“Amalan mulia paling mudah, ialah memuliakan sesama kehidupan.

“Berbaik sangka & sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama kita. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ,” tulisnya.

Tweet tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang di hati para peminat pelawak yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2003 itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Apek supaya tidak mempedulikan kenyataan individu tersebut.

Pada pendapat MH, setiap orang memiliki jalan hidup mereka yang tersendiri dan kita sebagai manusia tiada hak untuk menilainya.

Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk pula dijadikan sempadan.

Sumber: Twitter Saiful Apek

IKLAN