Penyanyi dan pelakon remaja, Alyssa Dezek, sekali lagi mencuri perhatian, kali ini bukan kerana bakat seninya, tetapi kejayaan akademik yang boleh dibanggakan.
Menerusi peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, Alyssa berjaya memperoleh 6A, hasil bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)’.
Namun, di sebalik kejayaan itu, Alyssa turut berdepan kecaman segelintir netizen yang mendakwa pencapaian tersebut disebabkan oleh ‘kabel’ dan bukan usaha sendiri.
“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.
“Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian, daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A,” jelas Alyssa ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.
Ads
Usaha Mahu Skor ‘Straight A’
Dengan semangat dan tekad, Alyssa turut menyasarkan untuk memperoleh ‘straight A’ dalam SPM sebenar tidak lama lagi.
Ads
Menanam impian, dia meneruskan perjuangan bersama PTTI, yang terkenal dengan kaedah pembelajaran interaktif dan strategi menjawab soalan secara efektif.
Malah Alyssa turut menjadi sumber inspirasi kepada ramai pelajar, membuktikan bahawa kejayaan tidak bergantung pada siapa kita, tetapi pada sejauh mana usaha dan disiplin yang dicurahkan.
Ads
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai keputusan cemerlang seperti Alyssa, boleh layari laman rasmi PTTI untuk maklumat lanjut mengenai kelas dalam talian platform pendidikan berkenaan.
Sehingga kini, sedutan temubual berkenaan sudah pun menerima lebih 3,000 likes dan rata-rata pengikut bintang remaja tersebut menitipkan kata-kata semangat buat Alyssa.
Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas beberapa hari menerima rawatan di Unit Pergantungan Tinggi (HDU) di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada buah pinggang dan darah.
Menurut Syura, ujian yang menimpa dirinya ini dianggap sebagai tanda kasih dan peringatan daripada Allah SWT.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah. Saya sudah keluar HDU! Tak seronok dekat HDU tu sebab tak boleh pergi tandas.
“Tak mengapalah. Ujian datang sebab Allah sayang,” tulisnya penyanyi lagu Nazam Berkasih itu di Instagram.
Dalam perkongsian sama, Syura memaklumkan dirinya kini bersedia menjalani rawatan susulan di wad biasa dan berharap dapat pulang ke rumah tidak lama lagi.
“Saya bersedia untuk menjalani rawatan seterusnya di wad pula. Harap-harap tidak lamalah duduk hospital ni.
“Terima kasih untuk doa-doa kalian yang ikhlas untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalas,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan para peminat turut menitipkan doa agar penyanyi itu segera sembuh.
“Sayang kita ni kuat. Semoga lekas keluar hospital.”
“Jaga diri ya. Kami selalu mendoakan kesembuhan buat Syura.”
“Semoga Allah angkat segala penyakit Syura. Dipermudahkan rawatan, cepat sihat dan kembali ceria seperti selalu,” antara komen yang ditinggalkan netizen.
Sebelum ini, suami kepada Syura, Muhammad Farizat, memaklumkan isterinya dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Pergantungan Tinggi (HDU), selain turut memohon doa orang ramai agar kesihatan Syura segera pulih.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara memuat naik foto tidak berbaju di media sosial, pelakon meningkat naik, Badron Munirah tidak menafikan dia pernah menerima mesej berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.
Menurut Badron, tindakannya memuat naik foto-foto tersebut bukan untuk mencari publisiti, sebaliknya semata-mata kepuasan diri sendiri.
“Saya berkongsi foto-foto tersebut hanyalah untuk kepuasan diri sendiri. Kalau saya rasa nak kongsikan di media sosial, saya kongsikan sahaja.
“Sebab memuat naik gambar seperti itu, saya ada menerima banyak komen-komen jelik. Ada yang mengaku dia ‘pure bottom’ dan ajak saya berkenalan.
“Ada juga yang hantar gambar merepek dan ajak buat perkara tak elok. Kebanyakan yang hantar mesej seperti ini adalah daripada golongan lelaki,” katanya kepada MH.
Malah pelakon drama Puteri & Phrince terbitan Viu itu turut mendedahkan dia pernah menerima tawaran bernilai RM100,000 untuk menjadi ‘sugar baby’.
“Saya pernah menerima tawaran sebanyak RM100,000 untuk menjadi ‘sugar baby’.
“Ketika itu, saya baru lagi nak bertapak di dalam industri seni. Saya sangat takut dengan hal-hal seperti itu.
“Saya ada bercerita dengan kawan-kawan, macam mana nak atasi semua ini. Kata mereka saya tak perlu melayan.
“Buat masa sekarang, saya belum terfikir nak buat laporan polis. Setakat ini, belum ada yang berani untuk berbuat sedemikian secara berdepan. Mereka hanya setakat DM sahaja.
“Jika keadaannya lebih teruk, mungkin saya akan buat laporan polis,” kongsinya lagi.
Berkongsi mengenai karier lakonannya, Badron yang bermula sebagai pempengaruh mengakui dia tetap melalui proses sama seperti pelakon baharu lain.
“Pengarah tidak akan ambil kita berlakon sekiranya kita tidak punyai nilai yang tersendiri. Untuk watak ini, saya juga perlu jalani sesi ujibakat.
“Mungkin itu adalah rezeki saya. Jadi, saya cuba buat yang terbaik. Memang benar, saya merupakan seorang pempengaruh.
“Mungkin itu memberi sedikit kelebihan buat saya kerana orang sudah mengenali siapa saya.
“Saya cuma perlu tunjukkan kualiti dan apa yang boleh saya lakukan.
“Kalau nak kata saya diterima berlakon disebabkan saya seorang TikTokers, itu tidak benar. Saya turut jalani casting seperti orang-orang lain,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Meskipun sudah dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025 (KE2025), Mazleen bagaimanapun menegaskan dia tidak akan meninggalkan kerjayanya di unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Menurut Mazleen, sebaik sahaja tamat pertandingan itu, dia akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan bagi membincangkan hala tuju kariernya sebagai penyanyi profesional.
“Saya memang sudah lama berkhidmat di unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor di bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor.
“Saya akan terus berkhidmat kerana pekerjaan saya ini hanya melibatkan persembahan untuk VVIP. Jadi, untuk perancangan kerja selepas ini, saya akan berkomunikasi dengan jabatan tertinggi untuk mendapatkan khidmat nasihat.
“Saya sayang pekerjaan saya ini. Untuk kerjaya nyanyian, kini ada pihak yang akan menguruskan saya. Saya tidak akan lepaskan peluang ini kerana saya memang nak berada di dalam industri ini,” katanya MH.
Anak jati Kluang, Johor itu ditemui selepas berakhirnya konsert akhir KE2025 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Mengulas reaksinya yang tidak dapat menahan sebak saat diumumkan sebagai juara, Mazleen mengakui impian untuk menaikkan standard KE2025 akhirnya tercapai.
“Saya terharu dan bersyukur kerana saingan tahun ini sangat hebat. Paling mengharukan apabila saya berjaya buat rakan-rakan lain terus berlawan sepanjang program ini.
“Jika kita bagi nasihat atau pandangan, mungkin susah mereka nak dengar. Jadi, saya bagi persembahan terbaik agar mereka juga bersemangat untuk terus bagi saingan sehingga malam akhir ini.
“Ini memang visi kami di KE2025. Kami mahu cipta impak yang luar biasa. Saya rasa kami berjaya,” ujarnya lagi.
Mazleen turut menambah bahawa dia tidak pernah menjangka kemenangannya meskipun tampil konsisten hampir setiap minggu.
“Tak juga sebab saya juga melalui fasa turun dan naik di program ini. Namun, saya sudah nampak hala tuju dan saya tidak mahu buang masa.
“Jika kita anggap program ini hanya sebuah persembahan, kita tidak akan menang kerana sudah terbiasa dengan suasana itu. Ini adalah program pertandingan, kita kena set mood untuk bertanding,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mazleen menegaskan dirinya sudah bersedia menghadapi cabaran dunia seni termasuk komen dan kritikan netizen.
“Saya sudah bersedia untuk menghadapi realiti dunia seni. Ini adalah lumrah manusia. Ada orang terima baik dan buruk kita. Begitu juga penerimaan kita terhadap orang lain.
“Saya tidak mahu terkesan dengan apa-apa situasi. Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus maju ke hadapan.
“Sepanjang berada di program ini, saya tidak baca sangat komen-komen netizen. Lagipun, kami tak dibenarkan berbuat sedemikian. Kami kena tutup mata dan telinga. Jika ada yang negatif pun, saya ambil sebagai vitamin,” katanya lagi.
Mazleen yang membawa pulang hadiah utama bernilai RM30,000, pakej umrah, percutian ke Dubai dan trofi sumbangan Astro turut menerima ucapan tahniah daripada ramai rakan selebriti seperti Siti Nordiana, Tomok, dan juga Jaclyn Victor yang memuji semangat juangnya di media sosial.
Naib juara dimenangi oleh Zekrai, manakala tempat ketiga disandang oleh Nawary.
Final KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam pada Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, pelawak Roy Azman serta Ning Baizura di samping Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan final.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...