Terbaru, penyanyi Misha Omar atau nama sebenar telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut kelihatan penyanyi lagu ‘Sampai Bila’ itu sedang memakai hijab dan berkongsi gambar tersebut bersama peminatnya.
“Tudung bawal attached with inner pemberian abg @mimieomar , ..bang ,tutorial tak habis belajar.. kenapa dia jadi ada dua layer gitu? Kita kenfiusssss….” tulisnya.
Pelawak Mamat Sepah awal semalam ada menitipkan dedikasi penghargaan dan rasa simpati buat pemain drum kumpulan rock legenda, Search iaitu Yazit yang kini sedang menderita dengan masalah kesihatan.
Malah, anaknya juga turut mempunyai masalah jantung sekali gus memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Lalu kongsi Mamat, pertemuannya bersama bintang senior itu cukup menjentik emosi.
“Dlm keadaan hati yg sedih, tetiba terlihat gambar seseorg yg mcm pnah di kenali,mngkin pd zaman ini ramai yg xbrapa nk knal,tp pd aku dia tetap diknali sepanjang zaman..rsa nya rata2 tau melodi lagu isabella dri kumpulan search,tp kite akn lebih cenderung pd vokalisnya,x di nafikan mmg vokalisnya hebat.
“Tapi cuba kita dgr kan pula ketukan drum dri lagu isabella tu pulak?? Sape yg pukul drum tu??? Yeee org tua dlm gambar tu la yg memainkan drum utk lagu isabella dan lagu2 search di dlm album2 search..tatkala dimamah usia ni pelbagai dugaan melanda abg yazit ahmad,mnggu lpas sya jmpe beliau,beliau msih mampu tersenyum walaupun aku nmpak seribu satu cerita di sebalik senyuman itu,tp siapalah aku utk menyelongkar cerita beliau???,” tulisnya.
Bahkan, Mamat turut mendedahkan dia ada menerima kiriman WhatsApp daripada pemuzik berkenaan.
“Aku salam beliau dan trus berlalu pergi..esok pagi juga dia wasap aku dgn kata “Salam mamat? Terima kasih daun keladi ????”…aku x jwb ape2 pn sbb aku rsa dia lg byk berbudi pd aku,dri kecil smpi ke besar kamu telah hiburkan aku dgn lagu2 dri kumpulan kamu.
“Sepatutnya aku yg kna ucapkan trima ksih pd kamu..tapi aku rsa msih blm ckup utk ucapan tu jika aku tidak mngajak teman2 aku utk mmbantu beliau yg sedang dilanda seribu satu natijah di dlm hidup beliau.
“Beliau mnghidap pnyakit buah pinggang,manakala anak lelaki beliau mnghidap pnyakit jantung dan memerlukan kos sehingga rm40k..apakata kite hulurkan bantuan sorg rm10 kpd beliau utk meringankan beban abg yazit sekeluarga..smoga allah permudahkan urusan beliau dan kita sekeluarga…ameen..
YAZIT AHMAD. acc no mybank 014271219687,” tulis Mamat panjang lebar.
‘Menakutkan’ sungguh posting terbaru Abam Bocik apabila memperlihatkan dirinya yang disolek seperti hantu.
Ulas Abam, walaupun tiada rupa, namun sudah rezekinya dapat memegang watak utama.
“Alhamdulillah walaupon rupa xde…. Tp dpt jgk jd hero… Hehehehehehehhe cantik tak kitaaa…???”
Tambahnya lagi, individu yang biasa-biasa ini akan rela diri disolek sebegini jika dibandingkan dengan mereka yang punya rupa.
“Rasa2 klu ujibakat dapat x?? Xkn org cantek dgn org kacak nk makeup cmni?? Mesti ade org stand in kan…. Yg xde rupa ni lah yg dipanggil utk jd cermin org kacak dan cantek tu kn…. Huhuhu mulut kecik tp ckp bisa.”
Sebentar tadi, Elfira Loy ada berkongsi momen dia bersama rakan baik, pelakon Bella Dally.
Menariknya menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Elfira yang sudah tiga bulan bergelar isteri turut mendoakan yang terbaik buat bekas isteri Nazim Othman itu.
Malah, Bella turut mengenakan selempang ‘bride to be’ seakan-akan membayangkan dirikan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sementara itu, di ruangan kapsyen El turut menitipkan sesuatu buat rakan selebritinya itu.
“I will do anything just to make you happy @belladally i hope u like the small surprises that i arranged for you yesterday.
“Including the spa! praying the best for her , hoping everything will go smoothly until the day! YAHUUUUUUUU , Can’t wait to see you on that special day,” tulisnya.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...