Sejak digandingkan bersama dalam telefilem Tangisan Kubur, ramai peminat yang suka melihat chemistry di antara Alvin Chong dan Emma Maembong.
Walaupun ada di antara peminat yang cuba menyatukan kedua pelakon utama Tangisan Kubur Alvin memberitahu kepada MH Online dia harap peminat dapat bezakan dunia realiti dan lakonan.
Menurutnya dia tidak sanggup menjadi punca keretakan hubungan ataupun dikatakan menjadi pihak ketiga yang muncul dalam hubungan Emma dan Kamal Adli.
Katanya lagi, dia sangat mengagumi hubungan mereka berdua sehingga meminta Emma untuk sama-sama tidak menimbulkan apa-apa perasaan cinta lokasi atau sebagainya.
“Saya pernah cakap dengan Emma, saya takut jika orang ingat saya ingin rampas ataupun caras Kamal, malah saya juga ada cakap dalam cerita ini saya tidak mahu apa-apa kontroversi atau cinta lokasi kerana saya ‘adore’ hubungan mereka berdua.
“Hopefully peminat dapat bezakan dunia realiti kami dan dunia lakonan kami. Walaupun peminat suka melihat kemesraan kami, tetapi biarlah mereka hanya lihat kami bercinta di kaca televisyen sahaja tetapi di luar kami hanya sekadar kawan baik,” jelasnya ketika ditemuramah di sebuah majlis anjuran Astro.
Sungguh pun begitu, Alvin bersyukur dan bertuah kerana sering digandingkan bersama Emma kerana mereka berdua senang berkerja bersama.
Selain itu, Alvib turut akui Emma sering memberi tunjuk ajar padanya hingga buatkan dia terus positif meneruskan penggambaran.
“Saya bersyukur dan rasa bertuah kerana telah digandingkan dengan Emma kerana waktu itu saya baru pertama kali jadi hero dia banyak tolong saya dan di situ kami ada chemistry.
“Selepas job itu, dia pun ada cakap dengan pihak Astro untuk berkerjasama dengan saya lagi sebab best, kita sama-sama ‘crack’ so tak sangka akhirnya dapat peluang kali kedua untuk berlakon bersama,” katanya lagi.
Alvin dan Emma bakal digandingkan semula dalam drama Awak Suka Saya tak yang bakal ditayangkan bermula Oktober akan datang di Astro.
Ini dia beberapa gambar Alvin bersama Emma Maembong yang telah membuatkan ramai peminat inginkan mereka berdua bersama.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI