Alun Ayat Suci Al-Quran, Fakhrul UNIC Buat Si Anak Lena Di Pangkuan

Share

 

Mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran sambil memangku anak berusia satu bulan, penyanyi nasyid Fakhrul (kumpulan UNIC) telah mendapat pujian ramai.

Video yang dimuat naik menerusi Instagramnya itu telah mendapat lebih 20,000 tontonan.

”Camni rupanya rasa bila time guru ngajaq..anak murid rilek membuta,” tulisnya.

Tidak meragam dan hanya mendengar tenang bacaan dari si ayah, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Ayyash itu lena di pangkuan Fakhrul.

Lalu, video tersebut telah mendapat respon positif dari netizen.

Imbas kembali, pemilik nama penuh  Muhamad Fakrul Radhi itu pernah menyertai sebuah Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK).

Fakhrul juga pernah menyertai pertandingan tilawah di Kelantan pada tahun 2012 dengan pencapaian terbaik menduduki tempat keempat.

Video : Instagram Fakhrul

IKLAN