Altimet Menang Tipis Ketua PKR Ampang, Tewaskan Hans Isaac Selepas Kiraan Semula

Share

Pertembungan dua selebriti dalam pemilihan ketua bahagian Ampang bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, menyaksikan penyanyi Altimet berjaya mengenepikan pesaing terdekatnya, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac.

Menurut laman web Pemilihan PKR 2022, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 44, menang dengan kelebihan sembilan undi apabila memperoleh 743 undi manakala Hans 734 undi.

Altimet berkata, objektif pertama sebagai ketua bahagian adalah memperkukuh hubungan antara ahli di bahagian berkenaan sebagai persediaan menuju pilihan raya umum.

“Ini merupakan tanggungjawab besar kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang seperti saya seorang pendatang baharu dalam lapangan ini.

“Namun, saya tidak akan berseorangan menggalasnya kerana ia adalalah usaha bersama antara semua ahli parti lain,” kata Altimet.

Pada 1 Julai lalu, Hans telah dinamakan pemenang bagi jawatan tersebut namun Altimet memohon kiraan semula.

Hans menyertai PKR pada tahun 2020 manakala Altimet menyusuli tahun berikutnya bersama-sama rakan artis, Datuk Afdlin Shauki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Altimet

IKLAN