Allahyarham Abam Bocey Nyata Hasrat Ke Tanah Suci, Shamsul Ghau Ghau Kongsi Ceritanya… Pernah Ditipu Puluhan Ribu Ringgit Untuk Tunai Umrah

Share

Berita kehilangan pelawak popular, Abam Bocey nyata mengejutkan peminat hiburan tanah air.

Pelawak dan pelakon, Shamsul Ghau Ghau menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, menyatakan bintang lawak itu pernah berhasrat untuk ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.

Allahyarham meninggalkan komen di salah sebuah foto yang dikongsi Shamsul yang ketika itu sedang berada di Jabbar Rahmah bagi mengemudi jemaah dari Malaysia.

“Innalillahiwainnailaihirrajiun

Minggu lepas @abam_bocik respons Pak Su di Makkah. Pak Su dah Doakan utk Abam. Allah Lebih Sayangkan Abam.

Tenang lah Abam di sana,” jelasnya.

Abam terdahulu pernah mendakwa dirinya mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas ditipu sebuah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah.

Arwah difahamkan telah menjelaskan bayaran penuh bagi dirinya dan dua keluarganya yang lain bagi menunaikan umrah pada 2017.

Allahyarham bagaimanapun enggan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat terbabit sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.

Foto : Instagram Shamsul Ghau Ghau

IKLAN