“Allahuakbar… Allahuakbar…,” – Ronnie Hussein & Isteri Selamat Timang Anak Lelaki

Share

Penyanyi Ronnie Hussein telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.

Berita gembira itu disampaikan penyanyi berkenaan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. Ronnie memaklumkan, bayi lelaki comel itu telah selamat dilahirkan isteri tercinta kira-kira jam 2.00 petang semalam.

“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah… isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi… terima kasih kepada semua yg telah mendoakan…,” tulisnya ringkas.

Serentak dengan itu, Instagram Ronnie turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.

Terdahulu, Ronnie dan pasangannya, Hafizah Yahya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Raisya Umairah, 3 tahun. Malah difahamkan, mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.

Foto: Instagram Ronnie Hussein

IKLAN