“Saya bekerja keras untuk ini. Terima kasih kerana sentiasa menjadi pelangi selepas hujan.
“Ini untuk kamu dan anak kita Cailie. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua.
“Allah uji sebab nak gantikan dengan yang lebih baik,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Gantung The Series itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Sementara itu, Ikmal turut menyifatkan pembelian ini sebagai rezeki buat dia sekeluarga bagi menggantikan keretanya yang telah terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya pada September lalu.
Menerusi entri berasingan, isteri kepada Ikmal, Najla Shamsul menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan usaha kerasa suaminya itu.
“Saya sangat bangga dengan pencapaian awak membeli kereta baharu. Saya akam sentiasa menyokong dan menyayangi awak,” tulisnya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ikmal sekeluarga akan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Pada September lalu, Ikmal bersama isteri dan anaknya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.
Kereta yang dipandu Ikmal telah hilang kawalan sebelum terlanggar sebuah kereta lain yang menyebabkan keretanya terbalik lapan kali.
Ads
Bagaimanapun, Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.
Sekadar informasi, Ikmal dan Najla telah mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cailie yang kini baru berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkahwinan pempengaruh Syifa Melvin bersama lelaki pilihan hatinya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid pada 28 November lalu dengan sekali lafas nyata memberi kenangan manis buat sahabat pasangan berkenaan.
Pelakon Lia Natalia misalnya ada memuat naik momen dia serta rakan-rakan terdekat yang meraikan Syifa sebelum bergelar isteri orang.
Menerusi perkongsian foto dan video itu, kelihatan Lia dan beberapa rakan lain dilihat sebak saat meraikan Syifa sambil masing-masing mengenakan persalinan jingga cair tertera ‘The Squards’.
“Lama simpan rahsia ni. Before @syifamelvin nikah kiteorang ada buat bachelorette party halal & buat surpise untuk dia. Tapi kiteorang yang nangis,” tulisnya.
Selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali MR H hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim berkongsi momen indah saat mengikat tali pertunangan.
Reen, 34, menerusi Instagram mendedahkan, ibunya meminta untuk melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara lebih meriah.
“Nampak macam well plan kan? Tapi sebenarnya umi buat hal. Empat hari sebelum date ni yang patutnya merisik sekali bertunang tertutup tak nak lebih 10 orang kononnya.
“Tiba-tiba dia minta pelamin and canopy, menggelupur lah kite wak. Tapi nasib baik mak hayam kite @ariweddingcouture dengan makcik dan kawan pun ade yang tau sehari sebelum semua pun menggelupur ambil cuti. Cekap wak,” kongsinya.
Menerusi hantaran sama, Reen secara seloroh membayangkan majlis tersebut sudah seakan majlis nak kahwin.
“Ingatkan empat hari punya kerja majlis ala-ala je lah. Sekali pelamin baju dah macam nak kahwin. Tu lah cerita dia.
“Entah lah big day ni nanti macam mane lah ghupanya lagi-lagi umi kautim dengan wedding planner,” tulisnya lagi.
Terdahulu di dalam satu sidang media, dramatis itu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti bakal suami bagi menjaga privasi selain mengelakkan penyakit ‘Ain’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian foto daripada jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi Instagram menjadi sorotan wargamaya.
Memuat naik beberapa gambar ‘posing’ dan kandid bersama suaminya, Bellaz menyatakan ia bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kini genap sedekad.
“Salam subuh, nak upload siap-siap hehe. Makeup live malam tadi haa. Look anniversary kami berdua yang ke-10.
“Setahun sekali nak buat look ni, kasi chan sikit lalu sat na. Rasa macam baru lepas (kahwin) ni padahai 4 orang duk tunggu tengok kat depan,” tulisnya seloroh pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.
Sedondon mengenakan persalinan bak raja sehari, pasangan ini turut menerima komen pelbagai wargamaya, yang rata-ratanya menitip hal yang baik-baik.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 33,000 tanda suka.
Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Naelofa.