Pelakon senior, Kazar Saisi menasihatkan orang ramai untuk menerima setiap dugaan yang berlaku di dalam kehidupan dengan hati yang terbuka.
Menurut Kazar, Allah SWT telah pun menjadikan kita insan terpilih dan Dia tidak akan menguji sekiranya kita tidak berdaya mengharunginya.
“Kepada semua sahabat dan teman,” tulisnya ringkas yang turut disertakan dengan petikan kata berkaitan.
Luahan itu disampaikan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku menerusi satu petikan yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Ads
“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. Jangan bersedih atau merungut,” tulis petikan terbabit.
Pada masa sama, Kazar juga percaya setiap dugaan yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Allah tahu apa yang terbaik dan dia akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa yang lama. Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, nama Kazar menjadi perhatian ramai selepas media melaporkan mengenai anaknya, Ira Kazar yang difahamkan bakal bercerai dengan suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Pada masa sama, Syamsul juga dilaporkan telah memfailkan penceraian pada Isnin dan perkada tersebut turut disahkan oleh peguamnya, Azmi Rais.
Permohanan cerai tersebut bakal didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, Selasa ini.
Ads
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Berita pernikahan mereka di negara jiran berkenaan disahkan Syamsul sendiri menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya pada Januari tahun lalu juga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kazar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan diantara dua hati yang saling berkongsi rasa cinta dan sayang antara satu sama lain yang tak mampu terpisahkan. Namun, setiap perkahwinan yang termeterai pasti mempunyai fasa ‘naik turun’ serta cabaran yang tersendiri.
Perkara sama juga dilalui oleh penulis lirik dan penerbit popular Indonesia, Anto Hoed dan isterinya Melly Goeslaw, apabila bahtera perkahwinan yang mereka layari kini telah pun menginjak 29 tahun.
Memetik Liputan6.Com, sejak mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Melliana Cessy Goeslaw dan Anto Hoed tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gossip liar yang boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
MH berkesempatan bertemu Melly dan Anto Hoed ketika sidang media sempena Konsert Ada Apa Dengan Cinta yang lalu, dan berkesempatan untuk berkongsi perjalanan kisah cinta pasangan ini yang jarang menjadi sorotan dan perhatian di media.
“Dia seorang isteri yang hebat, wanita serba boleh. Sehingga sulit untuk kami, saya dan anak-anak tidak mengikut dia. Dia atur urusan rumah A sampai Z. Kami (tiga orang lelaki di rumah) ikut sahaja. Dia isteri yang hebat, wanita yang terlalu hebat.
“Sebagai seniman, saya respect dia kerana dia boleh berfikir tentang kerjaya muziknya dalam masa yang sama menyelesaikan segala masalah dan persoalan rumah tangga. Dia boleh membuat lirik, mencipta melodi yang bagus, hingga dikenang sehingga sekarang,” ujar Anto Hoed.
“Mas Anto bagi saya aadalah satu Trillion kali ‘Rangga’. Kalau Ada Apa Dengan Cinta, ada Rangga. Tapi Ada Apa Dengan Melly, ada satu Trillion kali ‘Rangga’ (Anto Hoed). Mas Anto cinta sejati saya, hidup saya,” ujar Melly penuh emosi.
Hasil perkongsian hidup selama hampir tiga dekad, perkahwinan pasangan ini telah diserikan dengan kehadiran dua orang putera iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Pada pertemuan sama, Melly sempat berkongsi detik perkenalan dengan suami tersayang yang hanya mengambil masa yang singkat selama tiga bulan, sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Meskipun mereka hanya berkenalan dalam waktu singkat, namun keduanya berjaya membuktikan bahawa ikatan cinta dan kasih sayang antara mereka begitu tulus, sehingga ikatan perkahwinan yang dibina mampu bertahan hingga ke saat ini.
“Tiga Bulan memang bukan waktu ideal dan tepat untuk saling mengenali antara satu sama lain, sampai memutuskan untuk menikah. Tapi kami membuktikan bahawa, panjang pendeknya waktu berpacaran (menjadi pasangan kekasih) tidak menjamin panjangnya usia bersama (perkahwinan),” ujar Melly.
Walaupun, rumahtangga mereka selalu terlihat harmoni dan jauh dari gossip liar, namun ternyata pasangan ini juga pernah merasakan menghadapu liku-liku dalam pahit maung kehidupan sebagai suami dan isteri.
“Segala yang pahit dan yang manis pastinya pernah dirasakan. Susah senang pernah silih berganti. Tapi ternyata semua itu menjadikan kita semakin kuat,” tambahnya.
Menurutnya, apa pun masalah yang dihadapi selama ini, doa menjadi medium penyelesaian terbaik yang menjaga keharmonian serta kebahagiaan rumah tangga mereka kekal utuh terjaga.
“Doa selalu menjadi senjata terbaik dalam segala urusan kami. Semua jalan berliku, berbatu, berombak, dapat kami lalui berkat doa ibu,” kata Melly yang meletakkan punca kepada kebahagiaan dalam perkahwinanya adalah susuk ibunda tercinta, Ersi Sukaesi.
Tambah Melly, ibunya dan juga ibu mertua merupakan orang yang sering menjadi tempat rujukan buat dirinya dan suami tersayang dalam apa jua keadaan.
“Selalu kami tergingat ketika kami menangis, dan mengeluh sewaktu menghadapi masalah apapun, mama selalu berkata “sok sing sabar, ku mamah di doakan” (kamu berdua bersabarlah menghadapi ujian, mama akan sentiasa mendoakan).
“Begitu jua dengan ibu Anto (mertua) apapun perkara yang berlaku kepada kami, ibu selalu berkata “sabar.. berdoa sahaja, tuhan itu adil” dengan gaya khas ibu yg sering menadah tangan dan menunjuk ke atas,” tambah Melly lagi.
Untuk recap, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 setelah berkenalan dalam tempohmasa yang singkat selama tiga bulan. Siapa sangka perkahwinan pasangan ini bertahan sehingga kini hampir 30 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Sophia Albarakbah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang sering meninggalkan komen berbaur lucah atau hinaan terhadap dirinya.
Menurut Sophia, 31, dia dan pihak pengurusannya kini mengumpul bahan bukti seperti tangkap layar mesej berkaitan sebelum meneruskan dengan tindakan susulan.
“Tidak dinafikan saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh termasuk gambar. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.
“Jadi kami sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara tidak senonoh semua telah dikumpulkan.
“Ada juga yang menggunakan akaun sama memberikan teks sedemikian. Nampak bersungguh-sungguh sangat membenci tu. Kita pun simpan sajalah sebagai bahan bukti,” katanya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gaya Tayangan Perdana Filem Harimau Malaya di GSC The Starling, Petaling Jaya, pada Isnin.
Sophia berkata, dia juga menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa mengetahui sebab utama individu terbabit melakukannya.
“Apa yang boleh saya katakan, ada dua jenis mesej yang sering diterima iaitu foto yang tidak senonoh dan terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.
“Sebelum ini bila terima mesej sedemikian, saya akan terus sekat sahaja. Namun sekarang lebih baik untuk biarkan saya di situ sebagai bukti jiwa bawa perkara ini ke tengah.
“Macam dulu ketika saya sekat, memang banyak juga kira-kira 50 peratus DM, tapi saya tidak terus sekat sebab mahu kumpul bukti cuma ia tidaklah sebanyak dahulu,” katanya lagi.
Pelakon berdarah kacukan Arab, Melayu dan Cina ini turut menambah, untuk memastikan mentalnya sentiasa dalam keadaan baik, dia akan cuba elak daripada membaca komen negatif.
“Pada awal sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini. Tapi, saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa. Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik seperti itu,” katanya.
Selain Sophia, turut sama terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 15 Ogos depan itu termasuklah merqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak memanjatkan rasa syukur selepas hubungannya bersama rakan pelawak, Shahrol Shiro kini kembali jernih selepas hampir tiga tahun.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, dia dan Shahrol kembali bertemu ketika dia pulang ke kampung bagi menghadiri kenduri sahabat baik, baru-baru ini.
“Mulanya, dia nampak video saya ada di kampung. Ketika itu, saya ke rumah rakan sebab ada kenduri. Pada malamnya, Shahrol ada mesej saya dan ajak berjumpa.
“Namun, saya minta kita berjumpa di tempat yang tiada orang dan hanya berdua sahaja tanpa kamera. Saya nak berbincang tanpa gangguan.
“Lalu, Shahrol ajak berjumpa di pejabatnya. Bila berjumpa, kami mula bersembang dan teringat kenangan lama. Jadi, saya rasa berbaik ini merupakan jalan terbaik,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Suria itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Jelajah Suria Kuasa 2 yang berlangsung di The Estate On Federal Hill, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya mengenai perasaannya sewaktu pertemuan tersebut, ini reaksi Ajak;
“Sudah tentu saya sebak. Dia sahabat saya. Walau apapun berlaku, rasa sayang itu tetap ada.
“Bila masuk ke bilik Shahrol, di dinding pejabatnya ada mock up check bernilai RM100,000, RM250,000 dan RM500,000.
“Ia hadiah kemenangan kami ketika Maharaja Lawak Mega dahulu. Bila kenang kembali, kami pernah lalui perjalanan indah ini bersama,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ajak menyifatkan apa yang berlaku sebagai asam garam dalam bersahabat.
“Bila kami bersalam dan berpelukan, tiada apa lagi yang perlu disimpan. Kasi selesai secara dewasa. Kami masing-masing turun ego.
“Kalau menang bergaduh pun, tiada siapa yang untung. Apa yang berlaku adalah asam garam bersahabat. Saya tak rasa hilang maruah pun bila turun ego.
“Saya bersyukur sepanjang proses kami berbaik, tiada pihak yang melaga-lagakan,” kongsinya lagi.
Mengulas mengenai rakan-rakan pelawak yang masih berbalah, Ajak menasihatkan mereka untuk menurunkan ego dan dengar kata hati.
“Mereka adalah sahabat-sahabat rapat saya.
Buat mereka yang mengahadapi situasi sama seperti kami, pada saya, tiada orang lain yang boleh selesaikan melainkan diri sendiri. Kita kena turunkan ego.
“Percayalah cakap saya, masing-masing rindu dan sayang antara satu sama lain. Dengarlah kata hati dan bukan orang ketiga. Berpeluklah, insyaAllah semua selesai,” akhirinya.
Terdahulu, Jelajah Suria Kuasa 2 bakal berlangsung di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang (7 & 8 September), Johor Bahru (21 & 22 September), Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan Kelantan (11 & 12 Oktober).
Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.
Jelajah Suria Kuasa 2 ini turut mendapat kerjasama jenama wangian terkenal, Yaya Empire.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!