“Allah SWT Bagi Pinjam Umi 5 Bulan Sahaja,” – Sifatkan Tempoh Perkenalan Terlalu Singkat, Ernie Zakri Reda Pemergian Ibu Mertua

Share

Meskipun merasakan tempoh perkenalan mereka masih terlalu singkat, penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dirinya tetap reda dengan pemergian ibu mertua yang amat dicintainya baru-baru ini.

Menurut Ernie, dia sememangnya berasa amat bertuah kerana dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat penyayang serta memiliki hati budi yang sangat baik.

Katanya lagi, sepanjang lima bulan perkenalan mereka, ibu mertuanya itu telah banyak mengajarnya mengenai soal kehidupan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah.

“Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis. Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat.

“I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother dan father in law ever. MasyaAllah,” tulisnya.

Luahan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu, Ku Bersuara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syamel ini turut dilihat menitipkan doa semoga ibu mertuanya itu sentiasa tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

“Anak-anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah. Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah swt lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan.

“Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah swt yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah swt balas kepada anda semua,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ernie dan seluruh ahli keluarganya.

“Aunty sangat baik. Walaupun berjumpa untuk urusan lain, namun ada sahaja selit-selit kata-kata dan tunjuk ajar.

“Ada hikmah semua ini. Kak Nini boleh tolong jaga anak-anak umi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, takziah buat adik sekeluarga. Allah lebih menyayangi Almarhumah.

“Salam takziah. Semoga Almarhumah ditempatkan bersama para solehah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, ibu kepada Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 22 Ogos yang lalu.

Difahamkan, Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.

Sekadar informasi, Ernie dan Syamel baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 Mac yang lalu.

Sumber: Instagram Ernie Zakri & Syamel

IKLAN