Pelakon, Syatilla Melvin yang sedang bergiat aktif memceburi dunia perniagaan kosmetik ternyata merupakan satu kejayaan besar buat aktres jelita ini.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memaklumkan kini sudah menceburi dalam dunia perniagaan makanan kesihatan iaitu jamu.
Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur atas kejayaan peniagaan kosmetik miliknya.
Ads
Jelas Syatilla, perniagaan ini dijalankan kerana ingin memberi bantuan kepada golongan wanita yang ingin mencari sumber pendapatan.
“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!!!lepas kejayaan kosmetik @kekasih_hq ,allah kabulkan doa tilla nak sgt ada JAMU sendiri!!!ya allah tak sangka bila tengok production sendiri bejalan mcm ni!
Ads
“Niat tilla, nak bantu suri rumah dan golongan wanita jana income sendiri! Sapa jadi yg 1st mmg bertuah sgt! Sayang @shaheizy_sam lets do this kaw2!!! Coming very soon @pengaseh.hq,” tulisnya.
Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 10 bulan.
Video: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman, 47, memilih untuk tidak bercerita lebih mengenai hal melibatkan keluarga memandangkan dia bukanlah seorang yang perlukan publisiti.
Bagaimanapun jelas Rosland, dia tetap menghargai pihak media yang selama ini menyokong perjalanan seni isterinya sejak awal berkecimpung dalam dunia lakonan sehingga kini.
“Kalau nak diikutkan, saya seorang yang sangat ‘private’. Jadi bila berkahwin dengan Miera, saya faham dia seorang sebagai selebriti sementara saya masih sama seperti mana sebelumnya.
“Soal kehidupan saya adalah peribadi. Sebab itulah bila Miera kata majlis akan akan dihadiri pihak media, dan katanya mereka juga yang menaikkan namanya dari awal hingga kini, saya terima dan sokong.
“Cuma selagi mana yang boleh saya lindungi keluarga saya, saya akan cuba lindungi. Untuk majlis hari ini (resepsi), keluarga gembira. Itu yang paling penting bagi saya.
“Seperti yang Miera jelaskan mengenai kata-kata netizen, kita tidak boleh halang mereka daripada terus bercakap. Malah kalau kita buat benda yang baik pun, akan ada yang kutuk juga.
“Jadi biarlah kita teruskan hidup dengan berteraskan moral. Kita ada agama, ikut cara kita, hormat ibu bapa dan sebagainya. Sempena majlis ini, saya menghormati ibu bapa Miera,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang dilontar netizen yang mendakwa dia sudah pun bergelar suami orang sebelum ini, usahawan tersebut menyifatkan wargamaya boleh berkata apa sahaja.
“Ia satu hal peribadi bagi saya. Kalau saya mulai bercakap hal melibatkan keluarga, rasanya tidak perlu saya berkongsi dengan orang luar. Saya hidup pun bukan atas ihsan orang.
“Saya bangun pagi, bukan netizen yang sediakan sarapan untuk saya. Makan tengahari pun bukan beri mereka makan. Jadi saya hidup bukan atas landasan popular. Saya tidak perlu publisiti. Itu cara hidup saya. Bagaimanapun saya hormati Miera kerana dia di dalam bidang ini.
“Saya juga tidak pernah menghalangnya cuma saya rasa apa yang saya buat selama ini, agak konsistenlah. Orang nak kata macam-macam, katalah. Bagi saya, ia tidak berikan kesan pada saya.
“Saya berkahwin dengan Miera bukan atas dasar tumpang popularitinya. Saya lihatnya sebagai seorang wanita yang baik. Malah hubungan kekeluargaannya juga cukup akrab,” jelasnya lagi.
Rosland pada masa turut menyatakan lebih banyak isu besar lain di luar sana yang boleh dibincangkan ramai berbanding soal perkahwinannya dengan bintang berusia 27 tahun ini.
Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sementara malam berinai dirai meriah di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan dan majlis resepsi pengantin baru ini berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Miera yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 menerusi filem Pecah itu sebelum menjadi perhatian peminat apabila dia dikatakan berkahwin dengan lelaki yang didakwa sudah berkahwin dan memiliki tujuh anak perempuan.
Dakwaan tersebut didedahkan dalam satu video di YouTube yang tular sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mengenai jantina anak pula, biarlah bila semuanya selamat baru kami akan umumkan.
“Bagaimanapun saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, memadai bayi yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna.
“Cuma kalau ikutkan saya, saya inginkan anak perempuan, barulah lengkap sepasang,” katanya.
Niena yang mulai mencuri perhatian setelah muncul menerusi drama Dia Anak Jeneral dan Jangan Benci Cintaku ini turut memaklumkan, proses bersalin anak keduanya itu akan dilakukan secara pembedahan caesarean.
“Kelahiran anak pertama menerusi pembedahan dan begitu juga dengan yang kedua ini. InsyaAllah saya akan bersalin di Kuala Lumpur,” jelas Niena.
Ditanya apa reaksi anak pertama, Adiel Mikael yang kini mencecah 1 tahun 9 bulan apabila mendapat tahu dirinya bakal mempunyai adik, Niena menjelaskan anak pertamanya itu kian manja.
“Saya boleh nampak dia semakin manja dengan saya. Malah setiap pagi bangkit dari tidur, dia akan cium perut saya,” akuinya.
Bercakap mengenai kerjaya seni, Niena mengakui ada menerima tawaran lakonan, namun dia terpaksa menolak atas beberapa kekangan.
“Lebih dua tahun saya tidak menerima mana-mana tawaran lakonan. Awal tahun ini, saya ada berniat untuk kembali aktif, bagaimanapun tiba-tiba dapat tahu hamil anak kedua.
“Jadi niat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.
“Lagi pula, saya pernah terima tawaran lakonan di luar kawasan, jadi tidak berani nak berikan komitmen sepenuhnya.
“Biarpun suami tidak menghalang saya untuk berlakon, tetapi saya pula yang tidak sampai hati untuk tinggalkan anak di rumah lama-lama.
“Malah jadual kerja juga tidak menentu membuatkan saya tunggu masa sesuai untuk kembali ke set penggambaran. Tidaklah tidak mahu berlakon terus, itu minat saya,” kata Niena.
Untuk rekod, Niena Baharun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.