Syukur Alhamdulillah, gembira kami tIdak terhingga bila melihat update terkini Adam Corrie yang berkongsi momen paling indah dalam hidupnya apabila selama ini menanti kehadiran anak, akhirnya Adam Corrie bakal bergelar bapa tidak lama lagi!

Adam Corrie yang berkongsi berita gembira isterinya disahkan hamil setelah 10 tahun menanti kehadiran cahaya mata membuatkan ramai tersentuh dah berkongsi rasa yang sama dengannya.

“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..
.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. ? Alhamdulillah .
.
Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “

IKLAN

Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie
#adamcorrie #bakaljadiAyah, tulisnya di ruangan kapsyen.

Gambar Adam Corrie memegang gambar imbasan anaknya itu mendapat hampir 8ribu komen dari peminat dan pengikutnya dan lebih dari 4 ribu perkongsian di Facebook.

IKLAN

IKLAN

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu…Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian…

Posted by ADAM CORRIE on Wednesday, 7 March 2018

Wow, bayangkan 10 tahun Adam Corrie sentiasa sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya segala doa dan impiannya tercapai dan dimakbulkan.

MH setuju dengan kata-kata Adam Corrie, malah respect kerana dia masih terus positif walaupun mengambil masa 10 tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI