“Allah, Bestnya Vibe Macam Ni…,” – Netizen Teruja Tengok, Shuib Bawa Anak-Anak Rasai Suasana Berpuasa Di Kampung

Share

Pelawak dan usahawan, Shuib membawa anak-anaknya pulang menyambut kedatangan Ramadan di Kampung Parit Amin, Bagan Serai, Perak bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kampung.

Kepulangannya ke kampung halaman itu turut disertai ibu tercinta selain empat orang permata hatinya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 38, berkongsi foto rumah kampung tempatnya membesar.

“Selamat pulang Shuib,” katanya dalam Insta Story sambil menunjukkan suasana kehijauan yang melatari kampung halamannya.

Selain itu, pelawak dari kumpulan Sepahtu itu juga berkongsi gambar dia dan anak-anak menikmati juadah berbuka puasa dengan makan di bawah sambil duduk bersila.

Meninjau di ruangan komen, peminat Shuib pun tidak ketinggalan berasa teruja dengan perkongsiannya malah turut merindui suasana berpuasa di kampung yang sudah lama ditinggalkan sejak merantau ke ibu kota.

“Seronok suasana kampung dulu-dulu, zaman tiada gajet. Bulan puasa yang paling meriah ada moreh, solat tarawih ramai-ramai.

“Allah, bestnya vibe macam ni serius best sangat.

“Inilah nikmat sebenar berbuka puasa yang kian hilang. Makan kat bawah, makan apa ada je, ya Allah rindu sangat. Nikmat!!!”

“Bestnya… sukalah suasana macam ni”.

“Elok je budak-budak tu, tak kekok,” komen peminat.

Tahun ini merupakan tahun pertama Shuib dan anak-anak meraikan kedatangan Ramadan tanpa kehadiran sosok penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Shuib

IKLAN