Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi momen ketika dia dapat mengisi masa menjamu selera dengan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sambil berkongsi momen lucu di Instgram, Shahida yang turut ditemani suami, Datuk Seri Aliff Syukri berada Singapura bagi memeriah program Malaysia Fest 2020 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos depan.
“Bertuah la hari ni dapat makan semeja dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Dato @ctdk. Yang sebelah saya satu lagi tu @aliffsyukriterlajaklaris penyanyi nombor 1 juga, tapi dari belakang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ads
Shahida pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Roslan Shah yang banyak membantu sepanjang keberadaan mereka di Singapura.
Selain Siti dan pasangan usahawan itu, beberapa rakan selebriti lain turut dilihat sama-sama berniaga di acara berkenaan.
Ads
Ads
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 17,000 tanda suka di kalangan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berbaik dengan bekas pengurus peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkelfi selepas hampir setahun difahamkan tidak bertegur sapa.
Vida menerusi Instagram memuat naik video sedutan pertemuan mengejut mereka dan akui kini mahu membuka lembaran baru terhadap apa yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini.
“Dengan segala kontroversi yang berlaku antara saya dengan Iqbal biarlah berlalu dan buka lembaran baharu.
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada perancangan Allah yang lebih baik. Setiap apa yang berlaku saya redha l, berserah dan saya harap pertemuan kali ini dapat memperbaiki kembali jalinan ukhwah yang telah lama terbina,” tulisnya.
Vida pada masa sama mahu perbaiki diri dan berdoa agar apa yang dilakukan dapat melimpahkan rezeki yang lebih baik.
“Saya maafkan segala kesilapan dan masing-masing perbaiki diri. Saya nak berbaik dengan semua orang semua rezeki saya semakin lancar,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Iqbal yang juga usahawan turut memuat naik video sama sambil mendedahkan dia sanggup mengalah sekaligus mahu menjalin hubungan baik dengan penyanyi lagu I Am Me itu.
“Setelah setahun tidak berhubung dengan Dato Seri Vida. Kali terakhir kami berbicara baik pada bulan September tahun lepas. Biarlah saya mengalah dan dimarahi asalkan kami tidak hidup bermusuhan.
“Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral.
“Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?,” tulis Iqbal menerusi ruangan kapsyen.
Malah dia turut mengakui merakam video pertemuan bagi mengelakkan fitnah dan spekulasi yang bukan-bukan.
“Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima,’ tulisnya.
Video yang kini sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka itu merakamkan Iqbal yang hadir ke sebuah premis makanan tanpa pengetahuan Vida secara peribadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi asal Singapura, Nana Karia mendedahkan single terbarunya yang berjudul ‘Meski’ diilhamkan menerusi pengalaman menakutkan yang pernah berlaku didalam hidupnya sebelum ini.
‘Meski’ merupakan lagu hasil kolaborasi Nana bersama penyanyi popular Malaysia, Ezad Lazim.
Menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Hasanah Zakaria, dia pernah hampir kehilangan nyawa sewaktu menjalani pembedahan bagi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Lagu ini sebenarnya ditulis sewaktu pengalaman saya menjalani prosedur ivf untuk kali yang kedua. Selepas tujuh tahun berkahwin, saya masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, saya mencari alternatif dengan membuat iui dan ivf sebanyak dua kali.
“Sewaktu ivf kedua, semasa satu prosedur pembedahan, saya ditidurkan untuk mengeluarkan telur. Ketika itu, saya telah kehilangan nadi dalam 10 saat atau kata lainnya saya tak bernyawa selama 10 saat.
“Bila dah sedar, pakar bedah menasihatkan saya untuk tidak melakukan IVF lagi buat masa sekarang dan berehat dulu dalam masa satu atau dua tahun,” katanya kepada MH.
Penyanyi berusia 42 tahun itu ditemui ketika majlis pelancaran lagu ‘Meski’ yang diadakan di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambahnya lagi, insiden tersebut nyata memberikan tamparan hebat buat suaminya yang jelas sekali takut akan kehilangan isteri tercinta.
Malah, Nana juga mahu suaminya itu untuk meneruskan kehidupan andai umurnya tidak panjang.
“Bila suami diberitahu mengenai insiden kehilangan nadi itu, terus dia tak izinkan saya buat IVF lagi. Dia kata tiada anak pun tak mengapa. Saya melihat dia seperti takut dan tidak boleh terima kalau kehilangan saya. Katanya hanya kita berdua sampai tua pun tak mengapa.
“Saya nampak dia pun macam tak lalu makan bila memikirkaa perkara ini. Beza umur saya dan suami adalah sembilan tahun. Kenyataannya, yang tua akan pergi dahulu. Hal ini membuka topik untuk saya dan suami berbicara tentang kematian.
“Kerana itu saya menulis lagu Meski ini. Saya nak ingatkan dia, kalau saya pergi dulu, saya nak dia teruskan hidup dan jangan meratap. Soal kematian ini memang berat untuk dibincangkan oleh pasangan suami isteri.
“Dalam lirik lagu ini, saya mahu dia terus kuat. Kalau saya tiada nanti dan ditakdirkan dia ditemukan jodoh, kahwin sahajalah. Saya nak dia bahagia,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ezad turut merasakan lagu ini sangat dekat dengan kisah kehidupannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Sebelum ini, kesihatan saya pun agak tidak menentu. Saya pun asyik sakit. Saya juga ada memikirkan yang umurkan saya ni mungkin tak panjang. Tapi tuhan masih beri peluang kepada saya.
“Bila selalu sakit ni, memang adakalanya kita akan bersedih. Saya ada berbincang dengan isteri, kalau saya tiada nanti macam mana dengan keluarga saya. Sekurang-kurangnya saya dapat luahkan apa yang saya rasai melalui lagu ini,” kongsinya.
Terdahulu, Meski kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik video pula boleh ditonton di saluran Youtube Jaybon Music Production.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan mesra dua bintang popular, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat mereka apabila kedua-duanya hadir bersama menyaksikan konsert band terkenal, Coldplay yang diadakan di Stadium Wembley, London baru-baru ini.
Kedua-dua pelakon berusia 29 tahun itu turut memuat naik video serta gambar mesra mereka ketika sedang menyaksikan konsert terbabit di laman Instagram masing-masing.
Rata-rata peminat membuat spekulasi kedua-dua mereka mungkin sedang bercinta. Sebelum ini Daiyan dan Aedy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sejak digandingkan bersama menerusi drama Projek: Anchor SPM.
Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Daiyan meluahkan rasa gembira kerana akhirnya dapat menyaksikan kumpulan Coldplay beraksi secara live.
“I love you so much Coldplay. Terima kasih untuk pengalaman yang penuh magik ini. Muzik kalian sentiasa membuatkan hati saya tersentuh dan saya bersyukur dapat menikmati momen ini,” tulis Daiyan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Daiyan Trisha, Aedy Ashraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...