Uncategorized

Aliff Syukri Merayu, Minta Isteri Nyanyi Bersamanya

Share

Agak sedih dan simpati pula MH tonton sebuah video di mana Datuk Seri Aliff Syukri merayu netizen untuk herhenti menekan button dislike video lagu Abang Nak Tegur yang telah dimuat naik beberapa minggu yang lalu.

Seperti yang kita semua tahu, baru-baru ini video lagu itu telah menjadi perbualan hangat di media sosial kerana menerima jumalh dislike terbanyak berbanding like.

Jarang betul di Malaysia terjadi perkara seperti ini.

Menurut beberapa pihak perkara ini terjadi kerana kebanyakan pengguna media sosial
sebenarnya mereka langsung tiada masalah dengan nyanyian Aliff.

Cuma mereka kurang bersetuju dengan suara Nur Sajat yang dikatakan telah menghancurkan kualiti lagu tersebut.

Baru-baru ini, melalui akaun Instagramnya, Aliff kelihatan binggung dan tidak dapat jumpa apa-apa jalan penyelesaian untuk memberhentikan jumlah dislike di Youtube.

Malah Aliff sempat merayu isterinya untuk menyanyi bersamanya untuk lagu ini dan mengantikan Sajat.

“Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie. Tak tahu apa masalah dengan diorang.

 

“Tolonglah yang. Entahlah, kita dah spent banyak, berjuta-juta tapi impak tak ada dan orang dislike,” jelasnya dalam video tersebut.

Malah, Lisa Suruhani juga memberi sedikit cadangan kepada isteri Aliff untuk turut serta dalam lagu ini.

 

IKLAN