Aduhai…kadang-kadang MH pun terfikir bagaimanakah kehidupan sehari-hari pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang bagaikan tidak putus-putus dikritik netizen. Buatlah apa sahaja, pasti akan ada kecaman hingga ada di antara kritikan yang diterima dilihat ekstrem dan melampau.

Mengulas mengenai situasi berkenaan, isterinya, Datin Seri Nur Shahida tampil memberi pandangan.

IKLAN

Katanya kepada MH, apabila kecaman yang diterima setiap hari terhadap suami, sebagai isteri dia turut terpalit dan rasa sedih atas apa yang berlaku.

IKLAN

“Sebagai isteri, sejujurnya sudah tentu saya rasa sedih. Lebih-lebih lagi bila baca komen sebab rasanya ada netizen yang bukan kritik mengenai lakonannya dalam Badang pun. Sebaliknya kalau sudah tidak suka, buatlah apa sahaja pun pasti tak kena. 

 

“Lebih teruk, ada kritikan yang sudah ke arah lebih pada penghinaan, aib hingga menjatuhkan maruah. Ya, kadang-kadang saya ada juga baca sebab ia lalu di wall media sosial saya. Tapi itulah, saya sedih sebab kebanyakan yang kutuk pun orang bangsa kita,” akui Shahida yang turut memberi pesan kepada suaminya itu supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Pada masa sama, Shahida turut berpesan kapadanya agar lebih berhati-hati di dalam memuat naik apa sahaja posting di media sosial selepas ini.

IKLAN

“Saya pun ada juga cakap, bila mcam-macam berlaku, kita buatlah yang terbaik dan berhati-hati juga selepas ini. Lagi pun saya yang tengok dia kena pun dah tak larat nak hadap benda-benda macam ni.

 

“Buat itu tidak betul, buat ini dikatakan menunjuk dan pelbagai lagi yang disalah tafsir,” luah Shahida ketika ditemui MH di majlis kesyukuran bersempenga dengan ulang tahun rakan niaganya, Sajat di Wisma Nur Sajat di Shah Alam baru-baru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=TOe6445i_x4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI