Aliff Aziz Pakai Baju Sama Dengan Michael Ang Di Final GV8? Ini Respon Tuan Badan – “Kau Orang Ingat Kita Artis Kaya Sangat Semua Kita Beli…”

Share

Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberikan respon mengenai persalinan jaket merah yang dipakai Aliff Aziz ketika pusingan ‘battle’ bersama Aweera di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.

Michael mengakui, dia turut mengenakan baju sama ketika melakukan penggambaran muzik video lagu single pertamanya, ‘Cinta Atau Propa’, baru baru ini.

Jelasnya lagi, pakaian tersebut diberikan kepadanya oleh seorang penata gaya untuk menjayakan muzik video berkenaan.

“Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I. Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV.

“Tak salah and bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam aje.

“Luv u all n be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehe… jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!,” tulis Michael menerusi di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu semasa segmen ‘battle’, Aliff bergandingan dengan Aweera mempersembahkan lagu Bangun nyanyian asal oleh Aman RA.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN