Alicia Amin Selamat Bernikah, Tahniah!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon dan model Alicia Amin cantik, selamat melangsungkan diijakabulkan bersama lelaki pilihannya, yang dikenali sebagai Farzan, hari ini.

Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin dilihat mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Alia Bastamam, menerusi perkongsian juru solek terkenal, Khir Khalid di Instagram, sebentar tadi.

“Raja Alicia Amin nikah, makeup #KHIRsbride using @lamer, outfit @aliabastamamkl, hijab @nazlivingastyle, photo @biboaswan,” tulisnya memberikan kredit bersempena dengan hari bahagia Alicia.

Malah menerusi beberapa perkongsian di Insta Story, Khir turut memuat naik beberapa momen indah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu yang tampak ayu.

“Alicia Amin in Alia Bastamam,” tulis Khir.

Sementara itu, beberapa foto sekitar juga turut dikongsikan ahli keluarga dan skuad cantik yang menata rias Alica.

Foto: Instagram Khir Khalid

IKLAN