Alicia Amin Dikatakan ‘Kembar’ MK K-Clique. Ini Pula Respon Lisa Surihani!

Share

Pelakon dan model Alicia Amin baru-baru ini memuat naik foto bersama penyanyi rap,MK K-Clique.

Kongsi Alicia , dia merakam swafoto bersama sebagai tanda penghargaan MK yang berjaya meraih 1 juta pengikut di Instagramnya.

“Congrats on 1M @hairiwhuut . We don’t look the same btw, sebab sia lagi hensem,” tulisnya sambil disertakan tagged jurukamera yang merakam foto mereka.

Bagaimanapun,menerusi ruangan komen,rata-rata menganggap bahawa wajah mereka seakan seperti adik-beradik.

Malah, rakan selebriti Lisa Surihani turut bersetuju dengan pendapat netizen.

Terdahulu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 23, meraih 1 juta pengikut di Instagram dalam masa beberapa minggu selepas lagu Mimpi menjadi trending.

Malah, MK bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut yang telah menyokong perjuangannya dalam industri muzik.

Foto:Instagram Hangriii

IKLAN