Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Bollywood popular, Alia Bhatt mengumumkan dia dan suami, pelakon Ranbir Kapoor bakal menimang cahaya mata sulung.
Berita gembira itu diumumkan Alia menerusi laman Instagramnya pada Isnin.
Pelakon berusia 29 tahun itu memuat naik gambarnya berada di katil hospital, melihat monitor imbasan sonography sambil ditemani suaminya di sisi.
Bakal ibu itu turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis seperti Priyanka Chopra Jonas, Ami Patel, Diana Penty dan pengarah Karan Johar.
Alia yang popular dengan filem Gangubai Kathiawadi itu berkahwin dengan Ranbir dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kediaman mereka pada 14 April lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alia Bhatt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi, berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohamed Azam Ali dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.
Ras Adiba, 54, memetik Harian Metro berkata, jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.
Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi. Malah fotonya bersama suami turut dikongsikan di laman Instagram.
“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.
“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya seperti yang dipetik.
Ras Adiba pada masa sama menambah, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.
“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya lagi.
Difahamkan, keduanya saling berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3.
Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya berjaya menamatkan tunggangan sejauh 140 km di Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu baru-baru ini.
Menurut Faizal, meskipun pada awalnya dia kurang yakin akan kebolehannya itu, namun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, akhirnya dia mampu menghabiskan tunggangan yang memakan masa selama 13 jam itu.
“Alhamdulillah Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Bukan mudah. Pada mulanya memang tak terfikir akan mampu. Tapi tiada yang mustahil.
“Dua ekor kuda. 140km. 13 jam. Hasil usaha dan sokongan dari rakan-rakan, doa dari keluarga, berbekalkan semangat yang tak mahu mengalah serta keizinan dan redha Allah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagi Alah Bisa itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Faizal turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk kejohanan ini.
Tambahnya lagi, dia berharap agar kejayaannya ini dapat menaikkan lagi martabat sukan berkuda ini.
“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan lama dan baru, rider-rider, para pegawai, juri, doktor, crew, semua kakitangan di TIEP dan RTES dan setiap orang yang terlibat diatas segala usaha anda dalam menjayakan dan memartabatkan sukan kuda lasak ini.
“Semoga terus diberi kemudahan dan terus maju jaya. InshaAllah. We do our very best, Allah decides the rest and we go again! Usaha, doa dan tawakal! Bismillaahi lillaahi ta’aala!,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Faizal.
Sehingga kini, video berdurasi hampir seminit itu telah pun hampir 40,000 jumlah tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu.
Erra, 48, berkata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.
“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya.
“Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada MH.
Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point?
“Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.
Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...