Tahniah buat pelakon versatil Izreen Azminda yang sudah pun mengumumkan dirinya kini sedang hamil tiga bulan. Izreen dijangka bakal melahirkan anak keduanya Julai depan.
Katanya ketika dihubungi MH, dia bersyukur dan gembira dengan perkhabaran tersebut sambil mengakui suaminya, Muhammad Radzi Wahid atau lebih sinonim dengan panggilan Ude merupakan insan paling teruja.
“Alhamdulillah syukur dengan zuriat rezeki yang dikurniakanNya. Doakan semuanya dipermudahkan dan suami menjadi insan yang paling gembira. Syukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT,” katanya.
Ditanya mengenai keadaannya kini, Izreen memberitahu pada peringkat awal kehamilan dia mengalami alahan yang agak teruk dan tidak digalakkan untuk melakukan kerja-kerja berat.
“Kehamilan kedua ini tak seperti yang pertama. Berlaku alahan yang agak teruk dan mudah berlaku pendarahan. Bagaimanpun, situasinya kian baik dari minggu ke minggu,” kongsi Izreen.
Ads
Terdahulu, Izreen mulai merasakan simpton dirinya hamil sejak Oktober lalu apabila lambat datang bulan.
“Saya sudah boleh rasakan simpton seperti hamil tetapi saya perlu tunggu pada kitaran haid dan dua bulan lalu saya ada lakukan ujian kehamilan sendiri sebelum doktor mengesahkan diri ini sudah hamil,” terangnya.
Pada masa sama, bekas perserta Dewi Remaja ini juga terpaksa menolak tawaran beberapa drama kerana tidak mahu menyusahkan produksi.
Ads
Perkara itu sekali gus menafikan laporan media sebelum ini yang mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon sejak berkahwin lebih setahun lalu.
“Sejak dua tiga bulan lalu saya ada terima banyak tawaran berlakon drama, khasnya drama espisod.
Ads
“Cuma, saya terpaksa tolak cara baik selepas tahu saya hamil. Jadi status kesihatan pada ketika itu pun tidak menentu, tak mahu susahkan pihak produksi andai saya terimanya,” jelas Izreen yang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih percayakan bakatnya.
Ditanya mengenai jantina anak, Izreen menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT cuma mengharapkan agar dikurniakan anak perempuan.
“Kami tak kisah mengenai jantina asalkan bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat ia sudah memadai. Tapibesar harapan saya untuk timang cahaya mata perempuan pula, InsyaAllah,” katanya.
Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017 dan menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan anak lelaki iaitu Adrian Umar, 6 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh baru-baru ini apabila bentuk fizikal kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby Mambong yang dikatakan telah melakukan sesuatu yang mendapatkan bentuk tubuh langsing, meski sudah beranak empat.
Bagaimanapun perkara tersebut sekali lagi dinafikan si empunya diri menerusi Instagram, awal malam tadi.
Katannya, dia memang seorang yang sukakan apa sahaja mengenai kencantikan, termasuk mengamalkan pengambilan produk Slim Dollz untuk tampil lebih ramping.
Malah, katanya dia turut memuji kecantikan wanita lain dengan cara sendiri.
“Semua wanita / perempuan cantik dengan bentuk badan tersendiri.. saya xpernah kata “gemok tu hudoh”. Ramai je saya tengok badan besar tapi HOT, SEXY dan CANTIK. So kenapa nak kena hina apa yg saya Suka? Saya suka ramping. ????? ???? ?? ??? ????!
“Kes “terViral” semalam sebab ???????? ? ???? ?????? ramai pulak sakit hati cakap sbb kaya boleh la kurus.Ramai je jutawan yg kaya gila.. Tp body berketul2 mcm ??? ??? juga,” tulisnya.
Pada masa sama, wanita ini turut memberikan tiga jawapan terhadap persoalan yang sinonim ditanya kepada dirinya.
1. ?????? ???? ???? ??????? ????? ?????? ?????.
Jawapannya TIDAK. Ingat saya gila tahap mcm tu ke nak seksa diri buang tulang rusuk? Saya dpt pinggang ramping perut kempis sebab pakai bengkung dan sure Ramping dari @slimdollz_hq Hari hari.
2. ???? ??????? ????? ????? & ????? ??????
Dear, mr & mrs onion. Kenapa kena pilih jalan yg seksa dan susah untuk kurus dan cantik sedangkan kita ada @slimdollz_hq? Slimmaxx lotion pon dah boleh cairkan lemak mcm liposuction. Bebydollz choc slim bakar lemak.. Bengkung Kerengga bentukkam balik bentuk badan. Kan senang.. X habis ribu riban pon.. Xsampai RM200 pon dah cantik melentik.
3. ?????? ???? ???? ?? ?????. ??? ???? ???????? ????? ?? ??.
Ehhh?? Silap tu.. Nak kurus murah je.. Jangan makan sedap2.. Diet… Makan banyak sampai sampai boleh gemok tu kaya lah tu.. Nk kurus murah.. Bengkung Kerengga beli sekali pakai sampai bila bila.
Apapun, memang tak dinafikan bentuk badannya memang tampak tak ubah macam anak dara kan?
Menerusi perkongsian di Instagram bersempena dengan #10yearschallange ushawan, Sajat turut melakukan perkara sama dengan mendedahkan fotonya yang diambil pada 2009.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, gambar sedekad lalu dikatakan Sajat pernah memenangi pertandinan Ratu Kebaya.
“Dulu pernah menang miss kebaya 2009… Rasa nya saya masih mantain seperti dulu… Ko rasa senak dengar stament dari i!!! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau!!! Gitew!!! Duduk tengah lagi!! Beauty with brain.
“Walaupun ramai tak mampu terima kecaNtikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik!! Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan!,” tulis Sajat.
Pada masa, penyanyi Makhluk Penggoda ini juga berharap agar tidak sentap kerana dirinya masih kekal macam dulu.
“Jangan sentap pulak siapa yg tengok!! Aku mantain dari dulu, korang yang panas!!! Menyampah i tau,” kongsinya.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian mengejut pelakon Indonesia, Saphira Indah pada usia 32 tahun hari ini nyata mengejutkan ramai pihak.
Hasil siasatan awal, bintang yang turut hamil enam bulan itu dikatakan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.
Difahamkan, jenazah Allahyarham sudah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Tempat Pemakaman Umum (TPU) Semper, Cilincing, Jakarta Utara.
Serentak dengan pemergiaan Saphira, para pelakonnya yang turut terlibat di dalam filem Eiffel… I’m in Love turut menitipkan doa dan dedikasi terhadap Allahyarham.
Terdahulu, selain Eiffel… I’m in Love, Saphira turut beraksi di dalam beberapa buah filem seperti Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).
Allahyarham turut aktif membintangi siri televisyen tempatan Indonesia.
Foto: Instagram Saphira/ Tribun Seleb
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...