Tahniah diucapkan buat aktres, Datin Seri Umie Aida yang telah pun selamat menerima kehadiran menantu pertama apabila anak sulung, Danial Firdaus telah pun melangsungkan majlis pernikahan bersama gadis pilihannya, Hanis Zahira, hari ini.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bergelar suami isteri.
Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan pekakon filem Dukun itu menerusi satu hantaran video pernikahan yang dikongsikan di Instagram.
Sehinggga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 64,000 kali.
Ads
Sementara itu, beberapa momen sekitar turut dikongsikan adiknya, Betty Rahman di Insta Stories.
“Alhamdulillah syukur, tahniah,” ucapnya buat anak angkat pertamanya itu menerusi satu video pendek di Insta Stories yang dirakam bersama Erma Fatima dan Betty Rahmad.
Ads
Terdahulu, Danial dan Hanis mengikat tali pertunangan Jun lalu.
Selain Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhilmi dan Nur Aisya berusia setahun.
Foto: Instagram Umie Aida, Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam sedar atau tidak, rupanya sudah hampir 10 tahun pelawak, Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri pergi meninggalkan kita.
Walaupun sudah hampir sedekad, pemergiannya masih lagi dirasai sehingga kini kerana lawak-lawaknya sentiasa segar dalam ingatan kebanyakkan rakyat Malaysia.
Terbaru, menerusi sebuah hantaran di laman Twitter, anak kepada Din yang dikenali sebagai Nir Aina Syuhada ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-53.
Bersama entri berkenaan, Aina turut berkongsi beberapa foto bersama arwah bapanya sewaktu dia masih lagi kecil.
Foto tersebut ternyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 10,000 tanda suka malah turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu terhadap telatah dan aksi lucu Din selain turut mendoakan agar dia ditempatkan dikalangan orang beriman.
Terdahulu, Allahyarham Din telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 2 April 2010 akibat diserang Dengue Shock Syndrome yang menyebabkan organ dalamannya terhenti.
Sewaktu masih hidup, arwah sangat terkenal ketika digandingkan bersama, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mengemudi segmen pagi di stesen radio popular Era FM
Sumber: Twitter @nrainsyhada
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum ditayangkan, sebuah animasi terbitan lokal, Robozeta bagaimanapun telah berjaya mencuri perhatian negara luar apabila dilamar oleh sebuah stesen televisyen antarabangsa, baru-baru ini.
Diproduksikan oleh syarikat Red Circle Studio Sdn Bhd bersama barisan pasukan animasi yang berbakat besar, peluang keemasan tersebut berjaya diraih mereka meski seluruh dunia masih kebimbangan berdepan pandemik Covid-19.
Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi, berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu kerana Robozeta adalah sebuah siri baharu yang belum pernah diuji kehebatannya sebagaimana siri animasi popular yang lain seperti Ejen Ali, Upin & Ipin mahupun BoBoiBoy.
“Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa amat berminat untuk menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siarannya.
“Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria,” katanya.
Tambah Dzahiruddin lagi, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TVantarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.
“Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio tepanggil untuk mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.
“Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja-kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu.
“Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar, bagi menampung kekosongan yang ada,” katanya lagi.
Bermula dari sebuah pertandingan, sekaligus muncul pemenang program IPCC 2016 MDEC, Red Circle Studio Sdn Bhd mengembangkan Robozeta daripada sebuah projek pilot sebelum mengorak langkah lebih berani menghasilkan siri animasi 13 episod.
Menerusi peruntukan dana hampir setengah juta diperoleh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang boleh dianggap agak kecil berbanding dana diterima produksi lain, Red Circle Studio Sdn Bhd, membuktikan mereka mampu menghasilkan karya setanding antarabangsa.
Percaya bahawa membina jenama yang kukuh di negara sendiri sentiasa menjadi keutamaan, Robozeta mengisahkan tentang lima adiwira iaitu Riko, Jango, Rexx, Bepop dan Ely. Dimana kelima-lima Adiwira ini bersatu untuk mempertahankan Zenochip.
Kesemua 13 episod siri animasi ini sudahpun siap sepenuhnya dan episod pertamanya sudah ditayangkan semalam, di Astro Ceria, jam 4.30 petang setiap Sabtu dan Ahad.
“Untuk informasi, Robozeta adalah sekumpulan adiwira cilik yg melindungi bandar Zetania dari ancaman musuh iaitu geng Kalabera yang berhasrat merampas sebuah chip dikenali sebagai ZenoChip. Yaitu sumber kuasa yang mampu memenuhi segala impian mereka.
“Kelima-lima adiwira ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Riko misalnya merupakan kapten dalam pasukan ini memiliki sikap kepimpinan yang tinggi. Janggo pula adalah orang kanan kepada Riko yang sangat terkenal dengan kegarangannya, paling handal namum pendiam dan baik hati.
“Sesuai dengan namanya Bepop pula adalah seorang yang periang dan kelam kabut. Bepop adalah pencetus komedi dalam siri animasi ini. Sementara Rexx berbadan sasa, malangnya sedikit lembap akan tetapi kekuatannya terletak pada saiznya yang besar.
“Terakhir sekali adalah Ely, satu-satunya perempuan yang sering menjadi penasihat dan penyejuk dalam pasukan ini setiap kali mereka berdepan masalah.
“Paling istimewa, apa yang membezakan Robozeta dengan adiwira yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sebelum ini, selain kuasa dan kenderaan istimewa dimiliki kelima-lima adiwira tadi, mereka juga boleh bergabung menjadi sebuah mecha robot. Dimana idea ini belum pernah diguna pakai dalam penerbitan siri animasi di Malaysia.
“Kalau di Jepun dan Eropah, Mecha robot ni adalah sesuatu yang biasa tapi di Malaysia, Robozeta adalah yang pertama,” katanya terinspirasi daripada konsep Super Sentai yang popular sekitar 90-an.
Tidak hanya menitik beratkan lakaran dan efek animasi yang hebat, Dzahiruddin turut menyifatkan terapan nilai murni dan mesej khidmat masyarakat menjadi tunjang utama kekuatan Robozeta.
Dalam mempamerkan kehebatan Robozeta, pemahaman mengenai amalan membuang sampah yang betul, kepentingan mengawal pemakanan, limitasi menonton TV atau bermain gajet supaya tidak berlebihan, antara nilai yang diterapkan supaya dapat mewujudkan kepekaan tentang tanggungjawab si kecil pada diri, ibu bapa, persekitaran dan manusia sejagat.
“Topik-topik yang dibawakan setiap minggu amat bersesuaian untuk tontonan setiap peringkat usia dan bangsa. Garapan cerita yang disesuaikan dengan adiwira cilik, kenderaan berkuasa tinggi serta mecha robot juga adalah sesuatu yg boleh dikaitkan dengan penonton dewasa seperti kegilaan kita menonton karya-karya transformers,” katanya.
Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3Dberbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi.
Pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak mengakui dirinya berasa sedikit tersinggung dengan reaksi melampau sesetengah pihak yang menjadikan soal jodohnya sebagai bahan jenaka secara berlebih-lebihan.
Menurut Zizan, segala yang berlaku pada malam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) semalam hanyalah reaksi spontannya bagi memeriahkan acara terutamanya ketika momen pasangan romantis, Kamal Adli melamar Uqasha Sentose secara lansung di kaca televisyen .
“Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya di media sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas Ame 2020 malam tadi. Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Abang Long Fadil itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Zizan lagi yang juga merupakan pengacara AME 2020, dia tidaklah terlampau terdesak bila berbicara mengenai soal jodoh kerana percaya segalanya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menasihati Zizan supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
Terdahulu, Zizan merupakan salah seorang daripada tiga pengacara yang mengendalikan program AME 2020 disamping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.