Rasanya ramai yang tak sabar menantikan kelahiran anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kan?

Malah, melalui pemerhatian MH sejak minggu lalu, para peminat Siti sering bertanyakan kepada penyanyi tersebut mengenai perkara tersebut.

Nampaknya penantian ramai sudah berakhir apabila penyanyi lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ itu selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di Instagram Siti sendiri.

IKLAN

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Siti selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab,” tulis kenyataan tersebut.

Sementara itu, Rozi meminta agar para peminat memberikan sedikit ruang untuk pasangan tersebut sebelum berkongsi wajah dan nama anak.

IKLAN

“Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

“Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khalid juga memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran anak perempuannya itu.

IKLAN

“Datuk Seri Khalid melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat,” katanya.

Tahniah MH ucapkan kepada Siti, tak sabar rasanya nak tahu nama anak beliau dan suami kan? Apa-apapun, MH juga nak ucapkan ‘selamat berpantang’ kepada Siti!

Alhamdulillah, Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Sumber: IG Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI