“Alhamdulillah, Semuanya Berjalan Lancar…,” – ‘Check In’ Di KLIA, Nourul Depp Hijrah Ke Bali

Share

Penyanyi, Nourul Depp sekeluarga berada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Bali, Indonesia, awal hari ini.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini menerusi media ada memaklumkan bahawa dia sekeeluarga bakal berhijrah dan menetap di Bali.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab meluahkan rasa syukur kerana semua urusannya dipermudahkan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut menitipkan ucapan selamat tinggal dan terima kasih buat para peminatnya.

“Alhamdulillah. Selamat check in. Terima kasih semua yang mendoakan. Tak kudah berjalan dengan anak kecik. But Allah mudahkan.

“Kami nak ucapkan terima kasih kat semua pekerja di airport and all imigresen staff di malaysia. Love you all,” tulisnya.

Foto: Instagram Nourul Depp

IKLAN